Saturday, July 18, 2009
Kaspersky Internet Security 2010
Friday, July 17, 2009
Putus Akal Ku
Pihak kaunselor sekolah bagaikan putus akal memujuknya kerana dia tidak mahu bercakap, walau dengan ibu dan bapanya sendiri sebab tidak mahu ke sekolah.Pelbagai teknik diguna supaya dia membuka mulut, namun tetap membisu seribu bahasa.
Sehari-hari hanya menangis dan menangis. Sehinggalah ibunya datang menjemput dan membawanya pulang. Murid ini bukan tahun satu, tetapi tahun 3.
Sebenarnya ada 3 orang yang tidak datang sekolah dalam tempoh yang lama. Kami tidak menafikan ada kemungkinan hal ghaib yang menjadi faktor. Oleh itu,mohon kepada sesiapa yang mempunyai ilmu bab ini, untuk membantu sekolah mengatasi masalah ini.
..
Namun ada beberapa sebab yang menjadikan seseorang murid tidak mahu ke sekolah. Antaranya :
1. Guru Garang
2. Kawan mahu pukul, minta duit
3. Kerja sekolah tidak siap
4. Manja, suka tinggal di rumah
5. Ada makhluk halus sering menemaninya dan mengajak bermain.
Namun dalam kes ini, didapati ibu murid adalah seorang yang agak garang dengan anaknya.
Thursday, July 16, 2009
Di serang Lagi
Bagi guru bimbingan dan kaunselor Daerah Hulu Langat, kini laman web http://www.kaunselor.com sudah dapat dipulihkan dan saya telah menyambung semula jangka hayatnya untuk setahun lagi.
Untuk kaunselor Selangor pula, anda boleh mengunjungi http://mgksel.ekaunseling.net/news.php, nampaknya kita kekurangan kaunselor yang minat berkongsi maklumat melalui web. Mungkin ramai menggunakan perkhidmatan facebook, friendster dan sebagainya untuk mencari kenalan lama.
Apa pun, saya mohon kesediaan waktu anda untuk ke sana.
Alahai Bebudak Zaman Sekarang
Tidak dapat dipastikan dari mana tindakan ini ditiru, namun tahun ini sahaja, 2 kes sebegini dapat dikesan.
Baru semalam murid tahun satu kena suntik kiri dan kanan. Kelihatan murid-murid lelaki tahun satu yang menangis.
Wednesday, July 15, 2009
14 Julai 2009 di SK Bdr Rinching
Monday, July 13, 2009
Pilih Mana Satu
Kategori penagih:-
a) Penagih manja - minta duit dari ibu.
b) Penagih awal - Penagih berjadual, tahu jika esok pagi mereka perlukan dadah, maka penagih akan survey tempat di mana mahu beli dan ambil dadah, dan juga bila masa akan datang yang mereka perlukan.
c) Penagih parah - Bila berlaku perubahan sikap ( segala-galanya akan berubah)
Pada asasnya Heffney mengingatkan pada diri masing-masing, jangan cuba. Bukan senang untuk berhenti bila sudah terlibat, tidak ada jalan keluar. Hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu :-
i) Tidak ada pemulihan kekal walaupun sudah berhenti dan teruskan berjuang sampai mati atau
Friday, July 10, 2009
Tuesday, July 7, 2009
Deritanya aku
Kategori penagih:-
a) Penagih manja - minta duit dari ibu.
b) Penagih awal - Penagih berjadual, tahu jika esok pagi mereka perlukan dadah, maka penagih akan survey tempat di mana mahu beli dan ambil dadah, dan juga bila masa akan datang yang mereka perlukan.
c) Penagih parah - Bila berlaku perubahan sikap ( segala-galanya akan berubah)
Pada asasnya Heffney mengingatkan pada diri masing-masing, jangan cuba. Bukan senang untuk berhenti bila sudah terlibat, tidak ada jalan keluar. Hanya ada 2 pilihan sahaja iaitu :-
i) Tidak ada pemulihan kekal walaupun sudah berhenti dan teruskan berjuang sampai mati atau
ii) Kau jadi penagih sampai mati
Jangan anggap ia perjuangan biasa, tapi perjuangan luar biasa dan jika ditakdirkan engkau mati, ia mati syahid, tambah Heffney lagi
Bila sudah terkena dadah, tiada bahasa yang untuk digambarkan betapa sakitnya. Pengalaman Heffney, dia pernah merempat dan duduk berhari-hari di Federal Bakery (kilang membuat roti) dan mengutip roti-roti yang dibuang untuk mengalas perut yang kosong kerana kedaifan hidup sebagai penagih. Selama 4 tahun dia pernah merempat di kaki-kaki lima kerana dadah.
Menurut dia lagi, dadah mengganggu 3 perkara utama yang ada dalam diri manusia iaitu PEMIKIRAN, PERASAAN dan TINGKAH LAKU. Bila seseorang terjebak dengan penagihan dadah, maka ketiga-tiga perkara utama tadi akan berubah fungsinya. Terlalu sukar untuk pulih walaupun di dalam sesi kaunseling mereka mengatakan betul-betul mahu berubah, mahu pulih dan tidak mahu mengulangi semula penagihan, tetapi malang perkara ini akan tetap berulang, penagihan pasti berulang. Soalan yang akan kerap dan biasa dikemukan, KENAPA MENAGIH SEMULA?
Menurut Heffney, soalan kenapa menagih semula merupakan soalan yang paling susah untuk dijawab. Contoh yang saudara Heffney berikan ialah andaikan kita sepasang suami isteri, mempunyai anak-anak yang telah besar. Tiba-tiba, ada orang yang menyuruh, “Engkau mesti bercerai!”. Ataupun contoh lain yang diberikan jika sebagai penagih, andaikan anda sedang asyik masyuk bercinta dan angau, “tidak dapat lihat bumbung rumah, dapat lihat kasut pun jadilah”. Beginilah andaian Heffney bagaimana perasaan seseorang itu bila sudah terjebak dengan dadah. Dadah itu ibarat cinta dan nyawa mereka.
Jadi agak susah untuk menerima kenyataan jika ada orang yang berkata kepada mereka “Kau mesti berhenti hisap dadah dan masuk pusat serenti!”.
Menurut Heffney lagi, “aku hisap dadah ada sebab dan aku nak berhenti pun ada sebab. Aku tak pernah fikir macam mana nak berhenti tapi hari-hari aku fikir macam mana nak dapatkan dadah. Jadi kehidupan aku sentiasa di dalam ketakutan. Aku takut duit aku tak cukup nak dapatkan dadah setiap hari dan akhirnya aku menjadi seorang pengedar dadah. Aku akhirnya tidak terputus bekalan dadah”.
Bercerita tentang titik perubahan atau turning point dalam kehidupan dia ialah bila dia mendapat tahu adik perempuannya turut terlibat dalam kancah penagihan dadah. Dia menceritakan bagaimana adik perempuan yang merupakan seorang perempuan yang baik, bersopan-santun dan tidak pernah meninggalkan solat boleh terjebak dengan dadah kerana dia. Akibat perselisihan faham dan pergaduhan antara ibu bapa Heffney mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan kampung halaman. Kira–kira hampir 3 tahun dia meninggalkan kampung halamannya, pada satu malam dia telah pergi ke Chow Kit, sarang penagihan yang terkenal di ibu kota. Rasa bagai tak percaya dan mahu luruh jantungnya bila dia melihat kelibat seorang perempuan yang mirip-mirip adiknya. Bila dihampiri, masya-Allah, dia benar-benar adik perempuan ku. Rasa seperti mahu di sepak terajangnya adik perempuannya ketika itu.
Rupanya, bila satu penagih lahir dalam sebuah keluarga, maka satu keluarga itu akan hidup seperti penagih. Macam mana ahli keluarga lain boleh tahan, kerana adanya aku sebagai penagih, ibu bapa ku bergaduh setiap hari, kerana aku, ayah pukul ibu ku, kerana aku menjual dadah, polis selalu datang menyerbu rumah ku, ibu bapa ku akhirnya bercerai dan adik beradik ku lari dari rumah entah ke mana.
Pesanan Heffney, ”jika mahu berhenti setakat nak berhenti, ia takkan kekal lama. Sekurang-kurangnya cari satu turning point – sekurang-kurangnya jadikanlah ibu kita sebagai titik untuk kita melakukan perubahan. Tenung wajah ibu kita sewaktu dia sedang tidur, wajah orang yang telah melahirkan kita, kemudian carilah kekuatan dalaman”.
Selepas malam itu, orang yang pertama menjadi sasaran aku ialah bapa ku Bapa aku merupakan orang yang paling bersalah dalam hal ini.aku tumbuk bapa ku berulang-ulang kali akibat kemarahan yang merupa-ruap. Kemudian aku mencari ibu ku pula. Aku bertengkar besar dengan ibu.Tapi tidak lah sanggup aku untuk memukul ibu ku. Walaupun marah aku masih dapat mengawal tindakan ku. Ibu ku masuk ke dalam dan kemudian keluar dengan sebatang penyapu. Ibu ku memukul ku bertalu-talu dengan penyapu tapi aku sedikitpun tidak melawan malah aku biarkan sahaja ibu ku terus memukul ku dengan penyapu. Ibu ku kemudian bersuara dalam tangisan ”kalau aku tahu kau akan jadi macam ni, aku cekik kau masa kecik-kecik”. Tetapi aku hanya mendiamkan diri sahaja.
Hari-hari selama 2 tahun aku kata aku mahu berhenti. Tapi aku tidak berhenti juga menagih dadah.Tetapi dalam hati kecil aku, aku merayu dan meminta tolong supaya aku dapat meninggalkan dunia penagihan ini. Bukan mudah untuk berhenti. 29 tahun berhenti pun tidak pasti akan memberikan jaminan untuk pulih. Ramai kawan-kawan ku yang sudah 13 tahun berhenti menagih kemudian relapse. Walhal mereka sudah ada perniagaan yang kukuh, ada kereta, ada isteri dan keluarga.Tiba-tiba mereka menelefon ku dan memberitahu bahawa mereka gagal. Dia menyesal dengan apa yang dilakukannya tetapi mereka tidak ada lagi cara lain untuk menyelesaikan masalah mereka selain dadahlah jalan penyelesaiannya.
Heffney sering mengingatkan kepada rakan-rakan yang mahu pulih, bahawa dalam pemulihan , kejatuhan penagih bermula bila dia mula ’lupa diri’. Lupa diri di sini bermaksud orang yang mahu pulih tapi berlagak dan sombong. Dia selalu mengingatkan bahawa untuk jatuh semula ia tidak akan berlaku dalam jangka masa satu malam.Tetapi ia ada cerita. Kejatuhan bukanlah satu penamat. Apabila ia jatuh, kemudian menyesal menagih itu sebenarnya adalah kejayaan kerana dia boleh bercerita dan berkongsi pengalaman. Orang yang gagal pula ialah orang yang jatuh semula (relapse) tetapi tidak mahu bercerita dan berkongi dengan sesiapapun ataupun orang yang berpengalaman.
Masalah yang paling besar di dalam proses pemulihan ialah MENYUSUN KEHIDUPAN. Mereka perlu diberi peluang yang sama kerana mereka juga mempunyai perut yang sama. Beri mereka peluang untuk memenuhkan perut mereka dengan cara yang betul kerana jika mereka tidak diberi peluang mereka akan mengisi perut mereka dengan cara lama. Cuba bayangkan Jika mereka ditawarkan dengan bayaran sebanyak 5 ribu sekali penghantaran dadah, sedangkan mereka tidak ada pekerjaan dan mereka perlu menyara anak isteri. Bayangkan mereka sebenarnya sudah berhenti menagih tetapi disebabkan tidak ada pekerjaan mereka nak tak nak terpaksa menerima tawaran menjadi pengedar dadah.
Bercerita tentang pengalaman pemulihan Heffney, dalam masa 2 tahun dia mencuba pelbagai cara untuk pulih termasuklah hospital, dukun dan bomoh. Pernah sehingga dia buat sampan pergi ke sebuah pulau dan tak mahu pulang-pulang supaya boleh pulih tetapi tidak sampai 1 hari dia dah berenang pulang kerana tidak tahan sakit. Tok bomoh kata ada jembalang yang duduk di dalam badan dan akhirnya dia buat satu keputusan gila. Dia kemudian menelefon sahabatnya, Aziz.
Dia kemudian meminta bantuan kawannya itu untuk menyewakan kepadanya sebuah bilik. ”Engkau kunci dan ikat aku di dalam bilik, kemudian engkau cuma bagi aku roti dan air ribena sahaja setiap hari”.Itulah arahan Heffney kepada kawannya.Kawan-kawannya menggelar dia dengan panggilan ”kakei” atau budak nakal tidak percaya dengan permintaannya. Tetapi disebabkan adik perempuan dan penangan penyapu ibunya lah yang menjadikan Heffney terus bersemangat untuk pulih.Anak yang dulunya dibelai, dimanja tetapi boleh dipukul dengan penyapu dengan ibunya.
Disebabkan peristiwa itu dia bersemangat untuk membuktikan kepada ibunya bahawa dia boleh berubah dan pulih. Tetapi sebelum dia menyuruh rakannya menguncinya di dalam bilik, pada malam itu dia ambil dan hisap dadah sepuas-puasnya. Sewaktu dalam tempoh pengurungan, waktu yang paling ditakuti ialah menjelang pukul 7 pagi kerana pada waktu itulah dia akan merasa kesakitan yang amat sangat.Sebelum itu dia berpesan kepada kawannya walau apapun yang berlaku jangan dibuka kunci bilik tersebut kerana jika dibuka akan timbul masalah besar. Selama 5 hingga 6 hari dia tidak makan. Badannya terasa sangat lemah dan dia tidak sedarkan diri. Bila dia sedarkan diri dilihat segala cermin pecah, darah dan najis bersepah di merata-rata tempat. Rupanya perkara (muntah dan cirit-birit) itu berlaku tanpa dia sedari kerana terlalu menahan kesakitan atau pun ketika sindrom tarikan (withdrawal syndrom).
Rakannya kemudian hanya menyiram bilik tersebut dengan air tanpa membuka kuncinya. Makanan dan minuman pun hanya dimasukkan melalui lubang pada pintu sahaja. Sewaktu dalam tempoh pengurungan, waktu yang paling ditakuti ialah menjelang pukul 7 pagi kerana pada waktu itulah dia akan merasa kesakitan yang amat sangat. Setelah dikurung selama 28 hari, tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Selama 2 3 hari terawal dia hanya keluar dan masuk rumah menikmati cahaya matahari. Dia berkata di dalam hati bahawa ”Aku sudah kuat dan aku mahu pulang”. Kemudian dia membayar sewa bilik tersebut kepada rakannya sambil berjenaka ”Ambillah semua duit ni kawan, tapi aku nak beritahu kau ini duit haram”. Kemudian dia teruskan nekad untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan ibunya.
Sewaktu hendak pulang, dia dengan penuh rasa bangga mahu beritahu ibunya berita gembira. Ibunya amat gembira kerana Heffney mahu pulang. Berita ini disampaikan oleh rakannya kepada ibu Heffney. Sebaik sahaja dia tiba di Kampung Pandan dan mahu turun dari bas mini, polis sudah sedia di hadapannya. Baru sahaja dia mahu melihat bumbung rumahnya pihak polis sudah berada di depan mata.
Dalam hati dia berkata jika aku tak larikan diri mesti masalah besar. Rekod jenayah banyak. Akhirnya aku nekad larikan diri dan polis tak dapat kejar aku, mungkin sebab kasut berat yang dipakainya. Ibu aku yang baru nampak kelibat aku terus terduduk bila melihat aku dikejar polis. Aku terus melarikan diri tetapi aku bernekad untuk berjumpa juga dengan ibu ku malam itu. Ketika malam menjelang subuh aku balik ke rumah dan berjumpa ibu ku secara senyap-senyap. Aku jumpa ibu ku dan beritahu bahawa aku sudah berhenti mengambil benda haram itu. Mak aku cium seluruh muka ke sepuas-puasnya. Aku puas hati dapat memberitahu ibu ku aku sudah berhenti menagih. Keesokan pagi-pagi subuh aku bertolak ke Johor Baharu dan bekerja sebagai buruh kontrak.
Aku memasang bumbung asbestos walaupun aku tidak pernah melakukan pekerjaan itu sebelum ini. Segala gaji yang aku dapat aku tak simpan tapi aku beri kepada seseorang yang aku percaya. Selama 7 kali gaji aku tidak pernah gunakan dan kini tiba masanya untuk aku pulang berhari raya. Aku hantar surat kepada ibu ku. Kali ini sebaik sahaja aku pulang ke kampung dan turun dari bas, aku ditangkap polis lagi. Tapi kali ini aku tak lari, aku tunjukkan kepada polis tersebut bahawa aku benar-benar sudah berubah dan aku tunjukkan 7 bulan gaji yang mahu ku berikan kepada ibu ku. Mungkin polis juga bersimpati pada ku kali ini dan aku dilepaskan pulang ke rumah. Seterusnya apa yang aku lakukan aku pulihkan adik perempuankan dan aku tak pernah berhenti untuk sama-sama memulihkan penagih.
Nota ini di salin oleh : Puan Nor Zalifah SPADA 2008
Sdr. Hafnee boleh dijemput memberikan ceramah di tempat anda : Hubungi saya di afraima@yahoo.com untuk mengatur jadual ceramah.
Sunday, July 5, 2009
Data Lama
1. Satu perumusan semula Strategi Dadah Negara telah dibuat dengan menukar pendekatan konsep dan mengatur semula keutamaan strategi. Senarai keutamaan strategi yang telah diatur dan diluluskan oleh Majlis Dadah Kebangsaan [MDK] ialah Pencegahan, Penguatkuasaan, Pemulihan dan Kerjasama Antarabangsa.
2. Strategi pencegahan merupakan strategi jangkapanjang yang bertujuan mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum seperti :-
(i) Pencegahan awalan telah dijalankan melalui pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah atau di kalangan masyarakat umum. Objektifnya ialah menyediakan generasi muda dari segi pemikiran supaya menjauhi dadah, mengubah sikap dan persepsi masyarakat dengan menonjolkan isu dadah dan mengawal suasana sekitar yang menjadikan dadah itu jelik dan jijik.
(ii) Program di peringkat sekolah melibatkan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum serta latihan guru. Ia termasuklah Program Ceramah dan Pameran Anti Dadah, Skim Lencana Anti Dadah, Kolokium Ketahanan Diri, Sekolah Anak Didik Kami, Program PINTAR dan Ujian Urin bagi penuntut-penuntut sekolah serta Program Gerak Gempur. Latihan Personal Interpersonal diberikan kepada guru-guru untuk menangani masalah dadah di sekolah-sekolah dan murid-murid berisiko tinggi.
(iii) Kempen kesedaran di kalangan masyarakat diadakan melalui program yang berorientasikan serta melibatkan masyarakat umum termasuk belia-belia, remaja-remaja dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Ini melibatkan program seperti Seminar, Ceramah dan Pameran Anti Dadah serta Kursus Parenting Skill untuk ibubapa.
(iv) Daripada segi program pemulihan, kes-kes yang telah menjalani rawatan di Pusat-pusat Serenti dan dibebaskan di dalam komuniti akan diberikan ubat Naltrexone [Trexan] sebagai rawatan sokongan untuk meninggalkan tabiat menagih dadah. Program Trexan ini, kini masih dalam kajian dan di Pulau Pinang sehingga kini terdapat 63 orang bekas penghuni Pusat Serenti yang sedang mengikuti program tersebut. Di samping itu, Kerajaan juga telah menjalankan satu lagi Kajian Pil Herba Fan’s Recovery Candy [FRC] ke atas penagih-penagih untuk mengurangkan gejala penarikan [Withdrawal Sympthom]. Kajian FRC hanya dijalankan di Pulau Pinang sahaja.
(v) Selain daripada itu, di Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Seberang Perai Tengah [Bukit Mertajam] telah diwujudkan sebuah Pusat Khidmat yang mempunyai Unit Detoks [Pusat Pembersihan] untuk keperluan orangramai bagi menghantar anak atau keluarga menjalani rawatan pembersihan selama lima hari [Hari Isnin hingga Jumaat]. Pusat Khidmat ini memberikan Khidmat Kaunseling kepada orangramai dan keluarga dan kes, serta mempunyai kemudahan Bilik Sumber, Pusat Riadah, Sudut NGO dan Perkhidmatan Sokong Bantu Rakan Sebaya.
(vi) Program PINTAR [Program Intelek Asuhan Rohani] juga telah diperkenalkan sejak tahun lalu sebagai projek perintis di mana Sekolah Kebangsaan Juara dan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti merupakan di antara beberapa sekolah di Pulau Pinang yang telah dipilih untuk mengikuti program ini, di mana pelajar-pelajar tahun 5 telah terlibat. PINTAR dijadikan sebagai sebahagian kurikulum yang mengambil waktu pendidikan jasmani untuk diajarkan kepada murid-murid mengenai pengetahuan dadah serta kemahiran mengatakan tidak kepada dadah. Daripada kajian yang dijalankan oleh pihak IMR didapati pengetahuan murid-murid dalam program ini mengenai dadah adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan murid-murid yang tidak terlibat.
(vii) Pada tahun ini, Program PINTAR diteruskan lagi dengan melibatkan murid-murid di tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6. Adalah menjadi harapan daripada program ini agar murid-murid ini dapat membesar dalam keadaan yang sihat pemikirannya serta boleh mengatakan tidak kepada dadah sepanjang hayat mereka. Program PINTAR ini seterusnya akan diperluaskan di seluruh sekolah-sekolah rendah di dalam negeri.
(a) Di antara sebab-sebab bertambah bilangan penagih dadah di Daerah Seberang Perai Tengah [SPT] ialah:-
1. Pertambahan Penduduk di SPT
SPT merupakan suatu kawasan industri yang pesat yang membuka peluang-peluang pekerjaan, terutamanya mereka-mereka yang datang dari daerah atau negeri yang berhampiran untuk berkerja di sini. Ramai di kalangan mereka ini sudahpun terlibat dengan penyalahgunaan dadah di tempat asal. Ini menyebabkan bertambahnya bilangan penagih di Daerah SPT.
2. Penagih Berulang
Golongan ini ialah dari kalangan mereka yang telah dihantar menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti. Selepas mereka ini keluar dari Pusat Serenti ke pangkuan masyarakat dan terlibat semula dengan penagihan dadah. Mereka ini juga telah mempengaruhi orang lain untuk terlibat bersama mereka.
3. Polisi Majlis Dadah Kebangsaan (MDK)
Polisi terbaru yang menyekat kemasukan penagih-penagih dadah tegar [penagih berulang] ke Pusat Serenti juga telah menambah bilangan penagih dadah. Ini kerana kesalahan penagih yang tegar tidak dihantar ke Pusat Serenti akan diberi pengawasan dengan jamin dan mereka ini kebanyakkannya kembali menagih dan mempengaruhi orang lain. Polisi ini dibuat disebabkan kekurangan Pusat-pusat Serenti. Bilangan penagih yang tegar ini dan ditambah dengan penagih-penagih baru dengan sendirinya telah menyebabkan bilangan penagih di SPT bertambah.
4. Arus Pembangunan Yang Pesat
Pembangunan yang semakin pesat di Daerah SPT juga telah mengujudkan banyak pusat hiburan, komplek-komplek yang mana telah meningkatkan masalah sosial terutamanya budaya lepak. Di tempat-tempat seperti ini terdapatnya pengaruh-pengaruh yang banyak menjerumuskan khususnya golongan remaja dengan penyalahgunaan dadah. Golongn remaja ini berkumpul di tempat ini dan senang dipengaruhi oleh gejala yang kurang sihat.
5. Kurangnya Pengetahuan Tentang Dadah
Kebanyakan masyarakat tidak memandang serius dengan gejala penyalahgunaan dadah. Masyarakat khususnya ibubapa mengambil sikap tidak prihatin dan tidak mahu mencampuri hal orang lain. Mereka ini kurang memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membenteras penyalahgunaan dadah. Golongan remaja juga tidak prihatin dengan masalah penyalahgunaan dadah. Kebanyakkan mereka senang dipengaruhi untuk terlibat dengan dadah.
6. Perasaan Ingin Mencuba
Kebanyakkan remaja mempunyai perasaan ingin mencuba kepada sesuatu yang baru bagi mereka. Mereka ingin merasai apa yang dikatakan dadah dan setelah mereka mencuba, mereka sukar untuk berhenti kerana telah ketagih. Ini menyebabkan bertambahnya bilangan penagih-penagih baru dan ditambah dengan penagih yang sedia ada telah menyebabkan pertambahan bilangan penagih di SPT.
7. Masalah Keluarga
Antara faktor peningkatan bilangan penagih dadah adalah berpunca dari masalah keluarga. Ramai khususnya remaja yang mengalami masalah ini mengambil jalan keluar untuk melepaskan tekanan dalam keluarga dengan dadah.
8. Sikap Ibubapa
Sikap ibubapa yang tidak mengambil berat tentang prilaku anak-anak mereka juga adalah antara faktor bertambahnya bilangan penagih dadah. Ibubapa ini telah membiarkan kegiatan sosial anak mereka tanpa kawalan yang boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah.
Sasaran untuk menghapuskan kegiatan dan penagihan dadah di Daerah SPT :-
1. Mempertingkatkan operasi khususnya Ops Poket dan Ops Berkas dengan memberi tumpuan di kawasan-kawasan tumpuan penagih untuk menangkap dan memberkas mereka. Tumpuan juga diberikan kepada pengedar-pengedar dadah yang aktif di dalam Daerah SPT dengan melancarkan Ops Wawasan bertujuan untuk menangkap mereka ini di bawah Akta Dadah Berbahaya [Langkah-langkah Pencegahan Khas] 1985. Pada awal tahun 1998 hingga Mei 1998 seramai 10 orang telah ditangkap di bawah Akta ini.
2. Membuat operasi-operasi sekatan jalanraya di pintu-pintu masuk ke Daerah SPT bertujuan untuk menyekat kemasukan bekalan dadah daripada luar.
(b) Statistik bilangan tangkapan penagih dan juga kes-kes memiliki dadah oleh Jabatan Narkotik SPT telah menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan adanya usaha-usaha Jabatan Narkotik SPT membenteras penyalahgunaan dadah khususnya dalam Daerah SPT dan amnya Negeri Pulau Pinang. Berikut adalah statistik perbandingan tangkapan penagih dadah mengikut pecahan bangsa dan juga statistik perbandingan tangkapan kes-kes memiliki dadah bagi tiga tahun bermula tahun 1996 hingga Mei 1998.
Statistik Tangkapan Penagih Dadah Mengikut Pecahan Bangsa
BANGSA TAHUN
1996 1997 1998
[JAN - MEI]
MELAYU 702 691 362
CINA 232 237 103
INDIA 217 276 105
LAIN BANGSA 1 3 1
JUMLAH 1,152 1,207 571
Daripada statistik menunjukkan berlaku peningkatan tangkapan dari tahun 1996 dan 1997 sebanyak 4.9% iaitu pertambahan tangkapan seramai 55 orang penagih dadah. Begitu juga tangkapan bagi lima bulan pertama 1998 iaitu 571 orang penagih dadah atau 47.3% daripada bilangan penagih yang ditangkap pada tahun 1997.
Statistik Tangkapan Bagi Kes-kes Memiliki Dan
BANGSA TAHUN
1996 1997 1998
[JAN - MEI]
38B 20(31) 17(28) 8(16)
39A(2) 21(29) 36(50) 10(20)
39A(1) 17(17) 23(30) 6(6)
12(3) 53(53) 52(53) 24(23)
6 43(44) 34(37) 23(27)
9 3(1) 1(1) -
PIL KHAYAL 5(6) 5(5) -
JUMLAH 119 168 71
Dari tahun 1996 hingga mei 1998, seramai 48 pengedar dadah telah diambil tindakan di bawah Seksyen 3(1) akta Dadah berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 bagi menyekat kegiatan pengedaran dadah yang berleluasa di daerah SPT.

Komputer anda diserang virus? Sayangilah data anda, hanya dengan RM25.00 setahun, hubungi admin di afraima@yahoo.com dapatkan key dengan harga lebih murah... Tinggal lagi 1 utk Antivirus ...















