Wednesday, June 4, 2008

Laporan Kem Kepimpinan Pengawas 2008


Seramai 112 orang murid terdiri dari Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas telah mengikuti Program Kem Kepimpinan Pengawas 2008. Peserta terdiri dari murid tahun 4 hingga tahun 6. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS), Bangi.

Kejayaan program ini terjadi atas bantuan mahasiswa dan mahasiswi KUIS selaku fasilitator. Seramai 15 orang fasilitator telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Mereka (fasilitator) sanggup tidur bersama pelajar dan bangun awal pagi untuk mengejutkan mereka sholat subuh berjamaah.

Peserta Tahun Satu

Awal pendaftaran, kami dikejutkan dengan kehadiran seorang murid tahun satu yang ingin mendaftarkan diri sebagai peserta. Setelah disiasat, rupanya ibunya silap memahami isi kandungan surat berita sekolah yang diterimanya beberapa hari sebelum program. Murid dibahagikan kepda 7 kumpulan, tidur dalam bilik asrama yang memuatkan 4 orang sebilik.

Pada petang harinya, para pelajar dibawa ke kawasan lapang bagi menyertai acara padang. Acara yang dimaksud adalah riadah ringan yang diselitkan pengajaran dan makna yang luas.

Burung Hantu

Pada malamnya, pihak sekolah mengadakan acara tersembunyi yakni burung hantu yang di pimpin oleh En.Akmal Haziq bin Abdullah. Sungguhpun fasilitator dibenarkan berehat dan tidak melibat diri dalam acara ini, mereka tetap datang untuk memberi komitmen.

Acara Berakit

Hari kedua, satu program yang amat menarik, iaitu menaiki rakit buatan di tasik KUIS. Ramai juga ibu dan bapa yang hadir untuk menyaksikan sendiri acara tersebut. Program ini dipimpin oleh pihak Dare Outdoor Event Interprise, salah seorang bekas murid SK Bangi. Acara selama 4 jam ini berjaya menanam sifat keberanian dalam diri peserta.

Penutup Program

Program penutup dihadiri Puan Norizah binti Rahmat selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua guru-guru yang terlibat, program penyerahan hadiah dan cenderamata semapat disempurnakan oleh beliau.

Refleksi Umum

Secara umumnya, program ini sangat penting dan berguna bagi semua pelajar. Ianya bertujuan menanam pemahaman yang lebih luas tentang aspek bidang tugas seorang pengawas dan dunia pemimpin yang lebih luas. Selain itu, para peserta diberi motivasi untuk terus komitmen sebagai seorang Pengawas Sekolah, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang cemerlang.

Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian yang dibaiki untuk masa akan datang.

Pertama soal pembahagian bidang kerja antara fasilitator dan guru terbabit didapati kurang memuaskan. Ini kerana masa untuk guru bersama murid banyak diambil alih oleh para fasilitator.

Kedua, ketiadaan wujudnya tolak ansur dan memahami antara pihak masjid dengan pihak pelaksana program. Ini kerana sewaktu kuliah maghrib sedang dijalankan dikawasan masjid, dan belum sampai ke sesi penutupnya, bilal sudah melaungkan azan, kuliah terpaksa berhenti dan murid beredar untuk sembahyang. Sedangkan waktu itu adalah musim cuti persekolahan dan pihak masjid tidak mempunyai apa-apa program.

Dari segi prasarana amat baik, pihak KUIS membekalkan dewan berhawa dingin bersama kelengkapan Sistem Suara dan asrama secara percuma, termasuklah khidmat bantuan pekerja.

Dari aspek makanan juga sangat memuaskan. Namun dari segi jarak untuk murid bergerak dari asrama ke dewan dan masjid amat jauh, yakni 2 kilometer. Faktor ini telah menghadkan peserta untuk berulang-alik ke asrama.

Walau apa pun pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada pihak pentadbiran KUIS khususnya kepada Ustaz Khairi selaku orang nombor dua di KUIS yang telah sudi menyediakan tempat ini secara percuma kepada pihak SK Bangi atas dasar khidmat masyarakat.

0 comments:

Post a Comment

Produk PRS

Barangan PRS klik sini afraina.com
Penghantaran sms pukal klik sini
Sebarang pertanyaan bahan prs dan kaunseling boleh hubungi 011-1081 5141

Welcome To Our Website

Selamat Datang ke Blog Norish77

About

Posting Sebelum

Links

Blog Anda di sini?

Hari Guru

Clock

Free Gadjet

skbangi@facebook.com

Angah Hafiezhah

Tulisan Bergerak


Salam Penghargaan dan Jutaan Terima Kasih
kepada pelawat blog Kembara Hidup







Side Bar

Salam..Blog Kembara Hidup kembali menukar paparan, semoga ada manfaat penulisan yang ada disini

Powered by Blogger.

Follow by Email

Popular Posts

Followers

Blog Archive

Copyright Text

Popular Posts