CATATAN LALU

. tajuk2 penting

Admin

Admin
Klik pada gambar

About

Posting Sebelum

Kata Renungan

Alangkah HEBATNYA seseorang yang tetap mampu mengedepankan akhlakul karimah disaat dia sedang di uji dengan ujian yang sangat getir
norish77

Kedai Buku Online

Navigation

Powered by Blogger.

Followers

Catatan Lalu

Search This Blog

Loading...
Thursday, December 4, 2008

TAZKIRAH : HIDUP HANYA SEKALI

TAZKIRAH PAGI JUMAAT

Oleh : Norish

ALLAH berpesan melalui Sabda Junjungan Tercinta, Dan hendaklah kamu berbekal, dan sebaik-baik bekal menuju akhirat yang kekal abadi ialah taqwa.

Hidup ini hanya sekali, orang yang berfahaman karut akan menggunakan statement ini untuk melakukan apa saja, kerana peluang kali kedua untuk berbuat jahat tidak ada lagi. Namun bagi umat Islam, justeru hidup ini sekali, anda perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk meraih redha ALLAH di dunia ini.

Sayang sekali, masih ada rakan-rakan kita yang seusia dengan kita dan yang telah terlepas garis 40 tahun, namun masih tidak mengendahkan perihal solat. Andai berpergian dan maghrib hampir tiba, sedang asar belum dikerjakan, mereka boleh pulang ke rumah tanpa perasaan takut kepada ALLAH. Di mana Asarmu? Ingatlah Nabi pernah bersabda:

Barangsiapa yang meninggal sholat secara sengaja, maka dia telah kafara jihara, kufur terang-terangan kepada ALLAH.
Kematian tidak tentu dimana, namun yang pasti kita pasti akan mati. Ada orang meninggal lantaran eksiden yang tidak dijangka, mati terbakar, mati lemas air, mati dalam penjara dan pusat serenti, mati di timbus tanah dan mati dalam tidur.

Kita ingin, kematian kita adalah bukan penamat kepada amalan kita yang sedikit sedia ada, akan tetapi keturunan kita, anak dan cucu kita semoga soleh dan solehah hendaklah, mendoakan kesejahteraan kita. Namun tuan-tuan, segalanya terletak pada usia kita sekarang, kalau tak pernah solat, atau memandang ringan dan sepele perihal solat, bagaimana doa anak kita akan dikabulkan supaya diampunkna dosa-dosa besar kita?

Hadis Nabi : Sedekat-dekat jalan menuju Tuhan ialah melalui Dzikir. Al-Quran juga menyebut. Ketahuilah... bahawa dengan mengingati dan menyebut nama ALLAH, hati itu akan tenteram (Ar-Ra'du : 28)
Foto : Blog

0 comments:

Post a Comment

Foto Ceramah Motivasi UPSR dan Pencegahan Dadah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar Terbaru : Bengkel di Kuching Sarawak

Blog Archive