Monday, November 30, 2009

Ibrahim Adham : Sufi Terkenal

Diceritakan ada seorang lelaki datang menemui Ibrahim bin Adham. Ia berkata kepada Ibrahim bin Idham: "Hai bapa Ishak (Ibrahim). Saya ini telah menzalami diri sendiri, maka terangkan padaku sesuatu yang dapat menginsafkan diriku dan menyelamatkan hatiku". Ibrahim bin Idham pun menjawab: "Jika engkau dapat menerima dan boleh melakukan 5 perkara (yang akan aku katakan)) nescaya apa sahaja kesedapan yang engkau kecapi tidak akan memudaratkan diri mu. Lelaki tersebut pun berkata: Apa dia ?. Cubalah engkau beritahu wahai bapa Ishaq. Ibrahim menerangkan: Pertama

Apabila engkau hendak menderhaka kepada Allah, maka jangan engkau makan rezeki Allah!. Lelaki itu meningkah dan berkata" Dari sumber manakah lagi aku hendak makan, sedangkan segala yang ada atas dunia ini ialah rezeki kurniaan Allah " Ibrahim idham mencelah " Wahai pulan, adakah patut dan wajar engkau makan rezeki kurniaan Allah, kemudian engkau menderhaka kepadanya!. Tentu tidak" jawabnya. Baiklah Yang kedua:

Ibrahim menerangkan lagi: "Bila engku hendak menderhaka kepda Allah, maka janganlah engkau menginap dimana-mana atas dunia ini. Lelaki itu pun berkata: "Ini lebih hebat lagi dari yang pertama". kalau timur, Barat dan antara kedua semuanya adalah kepunyaan Allah, maka dimana pula aku akan tinggal. Ibrahim mencelah: " Hai pulan, adakah engkau patut makan rezeki Allah, tinggal dibumi Allah dan kemudian engkau menderhaka kepadanya." Tidak, jawabnya. Yang ketiga:



Ibarahim menerangkan lagi: Kalau engkau mahu menderhaka, sedangkan engku makan rezki Allah dan tinggal dibuminya, maka carilah tempat yang berkira-kira dia tidak nampak engkau mencabar perintah Allah. Kalau engku sudah temui, nah engkau lakukan maksiat tersebut." Lelaki itu pun berkata " Hai Ibrahim!. Bagaimana aku dapat berbuat demikian, sedangkan Allah maha mengetahui, malah ia tahu apa yang tersembunyi sekalipun?. "Ibrahim menjawab Hai pulan: Adakah engkau patut makan rezekinya, tinggal dibuminya, menderhaka kepadanya, walhal ia mengetahui hakikatmu dan melihat apa yang engku lakukan secara terang-terang? " Tidak jawabnya, " Yang Ke Empat:

Apa dia tanya lelaki itu. Jawab Ibrahim " Apabila tiba malaikat maut hendak mencabut nyawa mu, maka katakan padanya: " Berikan aku tempoh untuk bertaubat Nasuha dan untuk beramal soleh kerana Allah" Takkan dia mahu menurut perintahku" Jawab lelaki itu. Hai pulan " Kata Ibrahim: " Apakah dalam kedaan engkau tidak terdaya menolak maut untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul bahawa kalau maut datang engkau tidak terdaya menolak maut, untuk mendapat tempoh bertaubat dan engkau faham betul, maka dalam keadaan begitu engkau masih mengharapkan engkau boleh selamat (dengan Maksiat mu)?" Lelaki itu bertanya lagi: Yang kelima:
Ibrahim menerangkan: Apabila datang malaikat Zabaniah pada hari Qiamat hendak membawa mu masuk neraka, maka janganlah engkau mahu pergi bersamanya!. "sudah tentu mereka tidak akan biarkan aku atau menerima permintaan ku: sampuk lelaki itu. Kata Ibrahim " Kalau begitu bagaimana engkau harap engkau boleh selamat?." Lelaki itu pun berkata, Wahai Ibrahim cukuplah, cukuyplah" Saya minta ampun kepada Allah dan saya bertaubat kepadanya. Lelaki tersebut pun akhirnya ikut beribadah bersama ibrahim hingga mereka dipisahkan oleh ajal masing-masing. (Dari kitab Tawwabin)
Read more...

Syabu, sekali mencuba,selamanya mahu

Read more...

Sunday, November 29, 2009

Sesungguhnya haiwan korban

Rasulullah saw bersabda: "Tiada suatu amalan pun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR Ahmad dan Ibn Majah)

Firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan- sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan (binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37) Read more...

Monday, November 23, 2009

BERKESANKAH HUKUMAN ROTAN?

Read more...

CATATAN LAWATAN KE MUZIUM PERANG



Saya berada di negara sendiri, membawa anak-anak murid ke Pulau Pinang, juga masih dalam negara sendiri, tiba di Muzium Perang, ada sesuatu yang pelik bin aneh, bilamana sang tukang bercerita tentang sejarah dan latar belakang muzium perang di sini adalah, orang bukan dari negara saya sendiri.

Abang-abang ini datang dari Jawa, cukup jelas pertuturannya, kejawaanya masih tebal. Yang menjadi tanda tanya semua pelawat dalam diam.. kok yang bercerita tentang sejarah negeri ku adalah bukan orang negeriku... Read more...

Lawatan ke Pulau Pinang


Al-Hamdulillah, rombongan sambil belajar ke Pulau Pinang berjaya dan selamat tiba di destinasi. Sayangnya, hari pertama kami tiba, ketika ingin memasuki Pulau Pinang melalui jambatan, jambatan itu ditutup kepada semua lalu-lintas, kerana memberi laluan kepada walkaton. Pada jam 10.00 pagi barulah kami dibenarkan masuk.



Read more...

Saturday, November 21, 2009

Wajah 5A dan 4A


Hulubalang Melayu bergaya menyambut Hari Anugerah Pelajar Cemerlang



5A UPSR 2009


4A UPSR 2009


5A UPSR 2009



Hulubalang Melayu
Read more...

Friday, November 20, 2009

WAJAH-WAJAH PADA HARI ITU BERGEMBIRA

Sudah pasti,air mata akan berkucuran dari genangan kelopak mata, lantaran kegembiraan dan kegirangan sang anak mendapat hasil dari jerih payah usahanya selama ini.

Habis sudah kepenatan, tekanan, serabut dan pening yang sering berdatangan saban waktu.

Kini anak-anak mampu tersenyum kegembiraan. Berhari-hari kegembiraan menggebu dihati, dibawa ke mana sahaja, sampai ke katil dan bilik air.




Tangisan Gembira

Read more...

Thursday, November 19, 2009

Buletin ke 12 Tahun 2009


Hari ini sempat dikeluarkan buletin Bimbingan dan Kaunseling, walaupun secara tergesa-gesa, dek mengejar waktu tamat persekolahan. Read more...

MAN JADDA WAJADA

"Barangsiap Berusaha, Dia Pasti Dapat."

Yes....Siapa yang Berusaha, dia pasti dapat, itu janji Tuhan....dan yang tidak dapat seperti orang lain (yang cemerlang), dia juga pernah berusaha untuk mendapat yang ia dapat hari ini. Makanya, anak murid yang mendapat markah kurang bagus, dia tidak bersedih, malah tidak setitis air mata pun mengalir dari kelopak matanya...dia terima hasil usahanya selama ini dengan redha.

Semoga Allah memasukan mereka ke dalam golongan Radhiallahu Anhum..Wa Radhu Anhu...Dzaa lika liman khasyi ya Rabbah
Read more...

Terima Kasih Warga Kaunselor

"Foto ;En.Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Murid JPN Selangor melihat hasil rumusan terakhir L8 sebelum dihantar ke Kementerian"

L8 Negeri Selangor hari ini berjaya di satukan, walaupun memakan sedikit masa untuk mencari masalah.

Sistem rumusan adakalanya tidak dapat memberikan jawapan terhadap nilai-nilai yang diberikan. Kami mencari apa sebabnya.

Rupanya ada sahabat kita yang telah mengusik sistem L4 menyebabkan ianya berganjak sedikit. Perlu dimaklumi, walaupun hanya setapak, ia tetap merosakkan semua sistem.

Dalam Negeri terdapat 11 buah sekolah yang gagal menghantar Laporan L4 ini. Namun Daerah Hulu Langat berjaya di selesaikan walaupun hingga ke saat akhir. Untuk tempoh akan datang, kemungkinan pihak Jabatan akan meminta laporan ini dalam masa enam bulan sekali. Read more...

Wednesday, November 18, 2009

MANFAATKAN EKSISTENSI BLOG ANDA

mediaDEWASA ini para pelajar kelihatan lebih hebat dari guru, mereka sudah mengenali apa itu myspace, facebook, YM, Blog dan sebagainya. Dalam masa yang sama, ramai para guru masih terkial-kial hendak menekan butang itu dan ini, apalagi menghantar sebuah fail kepada rakan mereka dalam bentuk attach file.

Kaunselor Daerah Hulu Langat terkenal antara yang paling ramai memiliki prasarana blog peribadi. Terlepas dari perbicaraan, apakah blog tersebut benar-benar dimanfaatkan.

Artikel ini mengajak kaunselor untuk berjinak-jinak dengan Blog, seterusnya menjadikanya sebagai media utama untuk menyampaikan maklumat, motivasi, dakwah, tips-tips berguna kepada para pelajar dan sebagainya.

Dalam pada itu, perlahan-lahanlah mendekati facebook, semalam Perdana Menteri didalam Kosmo, mengatakan "saya sudah mempunyai facebook". Ini merupakan satu cabaran buat kita semua.

Rata-rata memberi jawapan tidak ada masa, jika ditanya kenapa blog anda masih dalam kedaaan seperti setahun yang lalu. Haha. Jika kaunselor yang tidak mengajar pun masih "tidak ada masa", itulah gambaran kesibukan yang teramat sangat guru akhir zaman ini.

Anda berminat dengan inti tulisan ini? Boleh menghubungi saya di emel afraima@yahoo.com untuk menyegarkan kembali blog anda, ceriakan semula mana yang usang, sapu debu-debunya, tambah sedikit bahan pewangi, nescaya ramai yang suka bertandang.

Read more...

2013 Tahun Sekolah Bebas Dadah

SAMSUL
MUNGKIN bagi sesetengah antara kita gemar mempelajari sesuatu yang baru. Namun ada pula yang bukan tidak suka, tetapi tanggungjawab sehari-hari menghambat keinginan hati kecilnya.

Salah satu cabang ilmu yang diperlukan oleh kaunselor dewasa ini ialah Ilmu Penyalahgunaan Dadah. Umum mengetahui gejala ini semakin subur berkembang dan bertambah rancak. Sedangkan kerajaan mewartakan tahun 2013 adalah Tahun Sekolah Bebas Dadah.

Perlu di maklumkan bahawa, Negeri Selangor adalah antara negeri yang berada pada rangking teratas dalam jumlah penagih yang ramai, sementara Daerah Hulu Langat adalah yang paling tertinggi jumlah penagih. Dan Bangi Lama merupakan kawasan paling hitam dalam komuniti Hulu Langat.

Justeru, berangkat dari fakta tersebut, kaunselor perlu giat menjalankan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh untuk menyedarkan kepada para pelajar, bahawa penyalahgunaan dadah sangat besar impaknya di dalam kehidupan sebagai manusia.

Majoriti kaunselor setakat ini belum mempunyai ilmu "penyalahgunaan dadah" secara kolektif. Maka perlunya mereka mencari jalan seperti membawa pelajar (sekolah menengah) ke pusat-pusat serenti, selain ceramah dari pakar dalam bidang berkaitan.

USIM merupakan universiti yang menawarkan biasiswa percuma setiap tahun kepada 20 orang guru-guru seluruh Malaysia. Salah seorang lulusan USIM, Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah ialah En.Samsul bin Dolah, Pegawai Hal Ehwal Murid, PPD Hulu Langat.

Read more...

Ku Temui Rakan Lama di FaceBook

"Foto 1, Yuziani Yusuf, dulu wajahnya macam anaknya, sekarang sudah jadi ibu"

Foto Kenangan zaman sekolah rendah. Foto ini sangat berharga, apalagi saya tidak ada menyimpannya, kecuali hari ini terjumpa di dalam facebook rakan-rakan lama.

Semua wajah-wajah sudah berubah. Ingat masa sekolah dulu selalu kawan tu bawa minyak cap kapak. Kalau tak silap Nor Azlina namanya.

Walaupun 20 tahun sudah berlalu, kalau lah terbau minyak cap kapak, memori silam waktu dibangku sekolah rendah pasti terlintas. Begitu indahnya di sekolah rendah, walaupun banyak suka dan duka.





Gambar ini di rakam semasa perkhemahan di Kem Kijang Kota Bharu, jika tak salah tahun 1988.




Kawan saya Nik Hanifuddin ada mencatat nama saya ada disini, namun saya sendiri kurang pasti, mana satu diri saya yang sebenarnya.hehe.

Antara yang masih ingat di sekolah rendah ialah perkhemahan Qiamul Lail di sekolah bersama kawan-kawan dibawah pimpinan Ustaz Mad Dahan. Ustaz ni masih ada hingga sekarang. Tinggal di Kampung Berlian dekat Pantai Bachok.sekolah Read more...

Tuesday, November 17, 2009

Bertuahnya saya

Saya merasakan amat bertuah justeru mempunyai rakan-rakan yang sangat arif lagi mahir dalam ilmu ICT. Hari ini 18 November 2009, sekali lagi blog saya menuju aras perubahan lebih cantik dengan bantuan rakan aspirasi.blogspot.com dan sahabat beliau yang sangat mahir dalam bidang IT. Beliau ialah Ustaz Muhammad Yazid pengurus web http://www.skulupenggeli.com. Silakan melawat web beliau Read more...

Puan Hajah Zaidah Dalam Kenangan

Saya baru pulang menziarahi rakan kaunselor yang telah berpulang ke rahmatullah jam 4.00 petang tadi. Beliau Puan Hajah Zaidah binti Ismail, Kaunselor SMK SAAS, meninggal di Hospital Kanser Nilai.Beliau mengidap sakit kanser leher akan di kebumikan esok pagi jam 9.00 di tanah perkuburan Sungai Kantan, Belakang Masjid Kajang.



Ramai rakan kaunselor hadir pada malam ini. Orang ramai masih datang ketika saya mudik pulang. Al-Fatihah...




Read more...

Ceramah dadah di sekolah Rendah

Satu Penilaian Terhadap Diri Sendiri

Entah kenapa, saya jarang merasakan puas dengan power point yang sama ketika menyampaikan ceramah walaupun tajuknya sama.

Jika ada 10 ceramah, maka 10 bentuklah gaya ceramah saya ubah. Setakat ini belum ada yang saya ulang-ulang 100% persis sama dengan ceramah sebelum. Lebih-lebih lagi tajuk penyalahgunaan dadah.

Selama ini, saya banyak menggunakan slaid tersebut untuk sekolah menengah, maktab dan IPTA. Tidak pula rasa tinggi sangat isinya.

Namun hari ini, apabila berbicara tentang nikotin, stimulan, depresen, Opiat, Disigner Drug, LSD, Amfetamin, MDMA dan sebagainya, rasa macam di awan-awangan. Dari riak wajah mereka, nampaknya macam tak berapa faham apa itu istilah-istilah yang terlalu sains bagi mereka.

Rasanya lain kali, untuk lebih baik, cukup saya terang secara sepintas lalu seperti dadah terdiri dari 5 jenis utama, iaitu DOSKAH. Depresen, Opiat, Stimulan, Kanabis dan Halusinagen. Cukup...

Yang lain-lain macam gambar penagih, HIV, lagu Belia Benci Dadah, nampak OK saja dan menambah bulat mata mereka.

Ketika En.Faizal dari PENDAMAI yang menjadi penceramah kedua bertanya apa itu dadah? Masih ada yang ngaur. Tidak begitu jelas...

Bab jenis dadah itu kena modifight balik, namun bab lain dah OK, cuma kena banyakkan cerita-cerita macam geng yang lain.

En.Faizal ni katanya ada facebook, beliau nak masukkan kisah hidupnya yang sempat jatuh ke lubang penagihan ke dalam facebook.
Read more...

Monday, November 16, 2009

Data L4 Daerah

Saya sudah hubungi sekolah-sekolah yang belum hantar L4 rendah dan menengah. Harap dapat hantar secepatnya. Bagi yang belum hantar, sila ikuti arahan berikut :

1. Layari laman web www.kaunselor.com
2.Download borang L4 rendah atau menengah
3.Isikan maklumat yang perlu di isi
4. Hantarkan via emel ke JU di alamat afraima@yahoo.com

Sekian, selesai sudah tanggungjawab saya rasanya, Khamis kami akan ke Jabatan Pelajaran Selangor untuk bermesyuarat. Read more...

Anak Luar Nikah 84 orang Sehari

Murid-murid disyaki perempuan, amat marah pada cikgu sebab duk menyibuk nak uruskan pergaulan mereka antara lelaki dan pompuan. Lalu di tulis dengan pen merah atas sekeping kertas A4. Cikgu, kami tak suker cikgu menyibuk tentang hal kami, naper nak kacau kami duduk dekat-dekat dengan lelaki? Bla. bla bla, Surat itu dimasukan dengan hormatnya dalam peti aduan.

Berdesing bulu roma mata yang membaca. Kurang gula betul budak-budak zaman teknologi dan globasi ini. Dia tak sedar dan tak tahu, apa yang telah direkodkan seperti dibawah ;

Antara tahun 2000 hingga Julai 2008, seramai 257,000 kelahiran anak luar nikah direkodkan. Maksudnya, purata 2,500 setiap bulan atau 84 sehari. Menakotkan... Bayangkan berapa pulak bilangannya di masa hadapan, zaman anak cucu kita nanti. Mungkinkah purata 2,500 setiap hari pulak nanti??

Tulisan ini saya kutip dari Blog Bro.Mazidul ketika merayap-rayap ke sana selepas habis meeting online malam ini. Read more...

Facebook Menemukan Anda Dgn Teman yg Hilang

Anda tentu mempunyai ramai kawan, dan sudah tentu terlalu ramai yang hilang terlalu lama dalam memori anda. Kehilangannya kerana anda dan dia sama-sama menelusuri jalan berbeda. Persimpangan yang memisahkan anda dan rakan-rakan biasanya adalah sekolah menengah.

Anda ke Utara, dia ke Selatan, masing-masing meneruskan karya hidup, dan dia...hilang selamanya dalam memori anda. Nak cari entah di mana. Namun anda bernasib baik, zaman yang canggih-manggih ini, ada facebook yang boleh menemukan kembali anda dengan rakan karib yang lama terpisah.

Biarpun rakan anda berada jauh di negara Jepun. Melainkan dia tak punya kemudahan internet. Anda memang tidak dapat menghubunginya.

Baiklah, ada yang bertanya, bagaimana nak buat (daftar) facebook ni? Caranya mudah saja. Saya sendiri pada awalnya bukanlah berminat, tetapi kerana ramai rakan lama yang terpisah puluhan tahun boleh ketemu kembali, saya beransur-ansur mengintai kelebihannya.

Syarat untuk mendaftar facebook ini, yang pertama, anda hendaklah mempunyai akaun emel terlebih dahulu, jika belum ada atau tidak aktif atau terlupa kata laluan, sila lah membuat yang baru.

Langkah kedua...


Kunjungi laman web facebook.com, taipkan alamat http://www.facebook.com/ di ruang address yang paling atas. Ingat ya, yang paling atas, bukan di petak carian google atau yahoo.

Anda belum menjadi ahli, kini langkah mendaftar sebagai ahli.Lihat tulisan daftar didalam petak yang saya pastekan kat sini.

Isikan maklumat anda, termasuk emel yang baru anda bina tadi. Ops, jangan lupa pilih jantina.

Apabila sudah daftar, kini anda boleh mulai LOGIN, mungkin facebook mengarahkan anda membuka emel anda dahulu. Jangan segan untuk membuka emel anda sendiri.

Ada kiriman darinya. Kemudian anda datang sekali lagi ke facebook, dan kali ini anda mengisi nama emel anda dan juga kata laluan, klik Log Masuk.

Nah, sekarang anda telah pun berjaya menjadi ahli facebook. Mulalah mencari kenalan lama anda di ruang carian. Taipkan nama orang yang anda kehendaki, contoh Noorhisham Hamzah.




OK. Selamat Mencuba
Read more...

Sunday, November 15, 2009

Khatam Iqra 2009

iqraSekolah Kebangsaan Bangi telah mengadakan program Khatam Iqra. Seramai 20 orang murid terdiri dari tahun 1 hingga 3 menyertai acara ini.

Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan sebagai ubat dan rahmat bagi orang-orang mukmin.



2
3


Read more...

Saturday, November 14, 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantion Baru Buat Cikgu Alfah binti Ismail. Biarpun hanya sempat 3 tahun lebih berada di SK Bangi, namun jasanya banyak membantu perkembangan dan kejayaan kokurikulum di sini.

Suasana majlis perkahwinan sungguh meriah. Walaupun gah dan sehebat orang-orang kenamaan, namun riak wajah tetamu yang hadir sungguh merasa gembira. Ada "barakah" di dalamnya.

Ada satu lagu Aceh berjudul "Pengantin Baru".. tak jumpa di youtube. Namun lagu ini pun boleh jugak dijadikan hadiah untuk Cikgu Alfah.




Semoga berbahgia sehingga akhir hayat. Tempuhi gelombang samudera kehidupan ini dengan tabah. Jangan lupa pergantungan kepada yang Maha Kekal Abadi.

Untuk yang masih belum laku....hehe...dengarkan lagu ini...tengah ngetop di sana sini..


Read more...

Friday, November 13, 2009

Imej Milenium

Dari Windows Xp, ramai beralih ke Windows Vista, malah sudah ada yang beralih angin ke Windows 7.Itulah perkembangan demi perkembangan dunia IT. Vista pun ramai yang belum install, bahkan ramai juga yang belum menemui punat untuk tekan itu dan ini. Masih teraba-raba, kini muncul pula Windows 7.

Di sekolah pun tidak kalah dalam bab kemajuan. Anak-anak sekarang pun ingin berlumba-lumba.


Read more...

Wednesday, November 11, 2009

Pengurusan Stress

Mengurus Stress? Saya terfikir sejenak apabila seorang rakan menawarkan ceramah kepada guru-guru bertajuk "Pengurusan Stress". Aduh...apa nak di uruskan..kan dah stress??

Sebenarnya pada saya, tajuknya jangan "Pengurusan Stress", sebab bila dah stress, kita dah sampai peringkat merbahaya dan boleh membahayakan orang lain. Duduk diam-diam je lah sebentar.

Apa yang lebih penting adalah, bagaimana supaya anda tidak stress dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Saya cuba semak isi dalam buku dari "Telaga Biru" karangan orang-orang hebat, pun bukan mengurus stress arahnya, tetapi ....bagaimana supaya anda tidak stress.

Di sini ada sedikit tips untuk mengelak anda tidak stress.

1. Buat kerja jangan bertangguh (ikut lah jadual)
2. List kan apa yang perlu anda buat.
3. Utamakan mana yang lebih penting dahulu.

Untuk lebih umph.....bagi anda yang muslim
4. Sentiasalah berdamping dengan Tuhan dengan doa dan ibadah
5. Selesaikan urusan anda dengan tuhan dahulu, baru urus dunia anda.
Read more...

Monday, November 9, 2009

Hantar Laporan L4

Adalah petang ini, saya menerima lagi penghantarn L4 daerah Hulu Langat sebanyak 4 buah sekolah. Pemberitahuan, sistem penghantaran telah ditutup, anda perlu menghantar laporan tersebut ke emel JU. afraima@yahoo.com

SMK Pandan Jaya
SK Taman Rakan
SK Cheras Indah Read more...

Sunday, November 8, 2009

Dunia Hanya Sebuah Lakonan

Mungkin anda pernah membaca entry saya yang lalu, bahawa dunia ini ibarat sebuah padang bola yang besar. Sebuah, permainan, jika adanya permulaaan, pasti ada akhirnya, begitulah hidup ini.

Permainan, jika ada yang menang dan bersuka-ria, sebaliknya pasti ada yang kalah dan kecundang. Majoriti penyokong datang memenuhi stadium, belum pasti anda akan menang. Begitu lah di dunia, anda mungkin menang kerana sokongan majoriti dari manusia dan pengundi, tetapi belum tentu anda benar dihadapan tuhan.

Entry ini ingin sekali menyatakan, bahawa dunia ini juga tak lebih dari sebuah pentas lakonan. Semua manusia sedang berlakon sebenarnya di atas pentas dunia yang sangat lebar dan luas.

Jika anda menonton sebuah lakonan drama, sang lelaki memegang perempuan, kita lihat seolah-oleh macam isterinya (yang sebenar), di pegang dan tidur bersama, padahal itu semua hanya lakonan.

Begitulah di dunia, manusia sangka, semua ini miliknya abadi, (Ada orang bernama Abadi, dirinya pun tidak akan abadi) padahal itu semua lakonan, apakah anda mengira seorang perempuan yang bersuamikan penagih dadah, akan terus kekal bersama hingga akhir hayat dan hingga ke lubang kubur?

Jangan-jangan semasa hidup di dunia pun mereka sudah dipisahkan oleh sel penjara akibat ulah perbuatan suaminya. Inikan pula mahu kekal abadi di negeri akhirat... Read more...

Saturday, November 7, 2009

Melayari FTP


Sebelum mengguna FTP, anda perlu download dahulu programnya

Waktu Siap Download Mengguna Winrar. Keadaannya seperti ini. Letakkan mouse pada tulisan Portable Cute itu, klik kiri pada mouse, jangan lepas dan tarik keluar dari kotak ini. Letakkan pada desktop


Klik File, New, FTp site
Read more...

Friday, November 6, 2009

Maklumat Terkini Penghantaran L4

Untuk Lihat senarai sekolah daerah Hulu Langat yang dah hantar
Klik Sini Sekolah Rendah
Jumlah Murid Yang Menerima Sesi Bimbingan bagi sekolah rendah kebangsaan Daerah Hulu Langat tahun 2009


Klik seterusnya, lihat lagi ..senarai sekolah yang sudah pun berjaya menghantar L4

Sekolah Menengah

Sekolah Rendah





Berikut adalah senarai sekolah rendah dalam daerah Hulu Langat yang telah pun menghantarL4. Ada 9 buah sekolah lagi yang belum hantar. Tahniah kepada yang sudah pun menghantarnya.

Masih belum seragam dalam aspek menamakan fail sekolah masing-masing. Harap yang baru nak hantar dapat rename nama kod sekolah, contoh BBB8888

Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi 0194424417



Read more...

Thursday, November 5, 2009

Lagu Menjadi Kenangan Kaunselor


Sakit perut kami ketawa, sakit mulut menahan ketawa, beginilah kursus-kursus yang dihadiri para kaunselor, sentiasa santai, bebas dengan iramanya...

EDE SETE ULET BELE
PENYE KAKE SEREBE
SIAPE JUMPE KEKE KE KEKE KE
JIKALE TEK DEPET
TERPEKSE KE MELEMPET
DENGEN KEKE SEREBE KURENG SETE



AKU PEGANG ENGKAU PUNYA
ENGKAU PEGANG AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA PEGANG
PEGANG E E NYA

AKU RAMAS ENGKAU PUNYA
ENGKAU RAMAS AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA RAMAS
RAMAS E E NYA

AKU CUBIT ENGKAU PUNYA
ENGKAU CUBIT AKU PUNYA
KITA SAMA-SAMA CUBIT
CUBIT EE NYA

Read more...

Klikkan Lensa di Pangkor


Acara Pertandingan minum air teh sejuk


Sesi Taklimat L4 oleh Norish, mana-mana sekolah yang tak hantar, GB dan Pengetuanya akan dihubungi....


"Jangan lupa, 19 ni kita dah nak gabungkan kesemua data. Kejar sekolah mana yang tidak hadir hari ini, minta surat tunjuk sebab"

Jurus 5 Kungfu Tegak...


Zzzap...zzuupp


Jangan tak hantar laporan ni tau...kalau tidak, JU2 jugak yang susah nanti..


Tengok sini semua.....kami nak tunjukkan jurus kungfu tegak...

Chicken Dance.....Ayoooooo

Read more...

Kota Pulau Pangkor

Ikan bilis...menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung di sini
suasana tenang di kota berhampiran jeti utama
Bilis Besar dan kecil
Van warna pink, angkutan utama penumpang ke sini Read more...

Wednesday, November 4, 2009

KURSUS PENINGKATAN PROF.GURU BNK


Norish bersama Cikgu Maan SK Jalan 2. Beliau ini sering ketemu dengan saya sewaktu saya masih menuntut di sekolah menengah dulu, kini....sudah sama-sama jadi cikgu...huhu.. cikgu



Penantian feri di jeti ke pulau

Huk Aloh..... ada jugak orang curi ambil gambar

Kita kena cepat, nanti feri tinggal kita berdua

di belakang feri...naik selalu

Aik...datang Pangkor pun bawak basikal... Selamat Datang ke Pulau Pangkor, Jom Ikut Saya...

Seronoknya dapat ke Pulau.... Itulah yang digambarkan oleh Cikgu Maan melalui ibu jarinya


Jom...kita pigi shopping....duit ada banyak lagi nii..tenok beg kita orang, besar-besar kan



Puan Hazizah Bachik, SK Beranang tersenyum


Cikgu Mazidah SK Sri Jelok



Puan Nyai....@ Mariani

\
Hemmm....Kenyang la....


Apa tengok-tengok...nak juga la tu..


Hai.....nak amik gambar siapa ni..


Paparazi kena snap
Read more...

E-Pelaporan Hulu Langat

4 November 2009.

Sebahagian Peserta di atas feri sedang menuju Pangkor

Pegawai HEM Hulu Langat sedang memberikan ucaptama.
Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Gombak dan Hulu Langat


Tahniah Gombak...

Hulu Langat....sedang dalam proses meng"upload"

Diharap kepada yang belum menghantar, sila berbuat seberapa segera, tarikh penutupan penghantaran data adalah 8 November 2009 Read more...

Penghantaran L4 Kluang


Rekod Penghantarn L4 Kluang, Johor Sekolah Menengah

Rekod Penghantarn L4 Kluang, Johor Sekolah Rendah


Sila hantar seberapa segera. Jika ada masalah, boleh hubungi0194424417
Read more...

Senarai Sekolah Daerah Batu Pahat Yang hantar L4

Sekolah rendah

Sekolah rendah

Sekolah Menengah

Read more...

Monday, November 2, 2009

Analisis Awal Penghantaran L4

Dari data yang telah di upload, kami dapati ada sekolah yang menghantar fail excel 2007. Perlu dimaklumi, tidak semua program dewasa ini telah beralih ke Microsoft Office Excel 2007. Masih ramai lagi yang menggunakan perisian 2003. Harap teliti dahulu ketika ingin menghantarnya, ada baiknya anda convert dahulu fail excel 2007 menjadi excel 2003.

Yang kedua, perhatikan aspek keseragaman nama fail. Ini terpulang kepada JU Daerah dan Negeri masing-masing demi memudahkan mereka. Jika bersetuju untuk menamakan fail tersebut dengan huruf kecil, maka semua kena ikut. Sambung...Klik Seterusnya

Adapula yang lebih suka nama fail mengikut kod sekolah masing-masing. Yang penting jangan hantar fail dengan nama yang asal. Ini perlu supaya tidak berlaku pertindihan dengan fail sekolah lain.

Sementara itu, rata-rata sekolah rendah Negeri Kelantan belum menghantarnya. Ini mungkin disebabkan mereka akan berbuat demikian sehari dua lagi.

Begitu juga dengan Terengganu. Masih belum ada yang hantar setakat malam ini. Harap dapat disegerakan.

Berikut Sekolah Menengah Negeri Kelantan yang telah pun menghantar fail laporan L4.

Read more...


Bahagian Sisi Kanan Bangunan


BANGI. Jika anda perasan, banyak dinding-dinding di dalam dewan yang sudah reput dan patah. Bangunan lama yang telah banyak menabur jasa ini sehingga beberapa generasi, kini usianya semakin lanjut,
sebelum ia jatuh rebah ke bumi suatu hari nanti, hari simpati alumni di tagih, derma orang ramai diharap.

Kos baikpulih bahagian sahaja diperkirakan sebanyak RM70,000 sahaja. Kami sedang menanti cadangan dari anda, bagaimana agar alumni sekolah ini yang sudah berusia 85 tahun dapat menghulur sedikit jasa.

Semoga ianya menjadi kenyataan suatu masa nanti, dan amal yang tuan-tuan lakukan, menjadi dana khairat selama bangunan ini masih berdiri teguh. Maklumat lanjut sila ke www.skbangi.com

Read more...

Guru Kaunseling Kena Celik ICT



Harapan ini boleh menjadi kenyataan, sekiranya ada minat di dalam jiwa. Read more...

Sunday, November 1, 2009

Bukan dia yang Eksiden

Kawannya mengalami kemalangan, dia hanya menaiki ambulan untuk menemani rakannya itu ke hospital,di tengah perjalanan, tayar ambulan meletup, dia yang sihat, tercampak keluar, dan dia yang meninggal dunia, sedang rakannya hanya cedera.

Itulah namanya malang tak berbau, maka kerana itulah, kita perlu sentiasa mempunyai rasa gerun dan takut kepada Tuhan, sebab kematian boleh menemui kita bila-bila dan dimana-mana jua. Dalam Surah Luqman, tuhan ....

Dalam Surah Luqman Ayat 34, Tuhan menyatakan 5 perkara yang manusia tidak mengetahuinya.
1. Bilakah akan tiba hari kiamat
2.Dimana dan bila hujan akan turun
3. (Nasib) Bayi dalam Kandungan
4.Apakah yang akan dikerjakan oleh manusia esok hari
5. Dimanakah kuburnya

JASIN: Semangat setiakawan seorang pegawai Jabatan Imigresen negeri mahu menemankan dua rakannya yang kemalangan menaiki ambulans bertukar tragedi apabila mangsa maut selepas tercampak keluar daripada kenderaan itu yang terbalik akibat tayarnya pecah, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, mangsa, Muhamad Fitri Jamaludin, 25, dari Taman Maju, di sini, dikatakan begitu beria-ia mahu mengikut ambulans yang membawa rakannya dikenali sebagai Mohd Firdaus dan Raja Mohamed Azuhan berusia 20-an ke Hospital Jasin berhampiran.

Kejadian berlaku di Jalan Jasin-Bemban, dekat sini, apabila ambulans terbabit dipercayai terbabas selepas salah satu tayarnya pecah lalu melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebelum terbalik menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Jasin, Cif Inspektor Mohd Zaki Ashar, berkata sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Perodua Kancil bersama rakannya itu berkonvoi dengan menaiki dua kenderaan berasingan dipercayai menuju ke arah pekan Jasin.

Read more...

Upgrade

Blog Norish77 dalam proses

pengupgradan...Terima kasih kerana melawati. Untuk Makluman, saya ada

menyediakan
WebSite Termurah untuk

anda hanya RM300.00, Domain Name www.NamaAnda.com, RM80.00, Karpersky Internet Security RM30.00

untuk setahun.
Hubungi ; afraima@yahoo.com

Salamun

Search

Loading...

Sepanjang Jalan

Perjalanan hidup mesti diteruskan. Walau penuh berliku. Dragon Island, Vietnam.
Pusat Serenti Karak. Pahang, pusat ini berada di atas bukit, sejuk jugak, tepi lebuhraya KL ke Timur.
Klik pada Foto ini Untuk Download Power Point Saya

Bahan Download

UPSR

Sedikit Huraian ;->

Triggers
Relapse
Kepulihan
Pemulihan
Kesan Dadah
Jenis Dadah
Profail Penagih
Keluarga Bebas Dadah
Sekolah Bebas Dadah
Komuniti Bebas Dadah

Pelawat

Mesyuarat

1).19-20 Nov, JPN Selangor, Pelaporan L4
2).21-23 Nov, Lawatan ke Pulau Pinang
3) 20 Nov. Mesy Guru Akhir Tahun

Blog Archive

Salam perkenalan

Assalamualaikum syeh

ana ustaz M Yazid admin http://www.skulupenggeli.com

sebelum 2, ana minta maaf jika template yang ana buat tidak menepati citarasa anta, apapun salam perkenalan dari ana

jika tidak keberatan boleh pautkan skulupenggeli.com didalam blog anta?. sekadar mencari pengunjung

untuk hubungi ana:
nie dia

yab14021977@gmail.com atau cbox kat skulupenggeli.com

k- wasalam.