CATATAN LALU

. tajuk2 penting

Admin

Admin
Klik pada gambar

About

Posting Sebelum

Kata Renungan

Alangkah HEBATNYA seseorang yang tetap mampu mengedepankan akhlakul karimah disaat dia sedang di uji dengan ujian yang sangat getir
norish77

Kedai Buku Online

Navigation

Powered by Blogger.

Followers

Catatan Lalu

Search This Blog

Loading...
Monday, June 14, 2010

kisahku lagi

















BIAR KU TULIS sejarah RINGKAS, UNTUK MENGISI JALANNYA DAKWAH, BIAR TUMBUH MOTIVASI PADA SESIAPA YANG MEMBACANYA



Nama : Noorhisham bin Hamzah, (Cahaya Hati Pemurah)




Jasad ku Lahir pada 15 haribulan Januari 1977 bersa,maan 1 Muharam pada pagi hari Sabtu di Kampung Kubang Tuman, jarak kampung ku 5 kilometer ke Bandar Kota Bharu Kelantan. Sekarang Kampung ku tak ada lagi, sebab tu ku tak boleh balik kampung, kampung ku hanya tinggal nama, sebab dah jadi bandar...dari rumah ku, boleh nampak Taman Tengku Anis, lokasi permainan anak-anak sekarang. Ku anak pertama dari 5 beradik.

Waktu ku lahir, tiada sudah insan yang bernama atuk, semuanya telah pergi, yang ada hanya nenek. Nenek kedua ibu dan bapaku.Ibu kepada nenekku pun masih ada. Itulah...Tuhan memanjangkan usia seorang manusia bernama perempuan.

Kata nenekku, atuk kita dulu adalah dari keturunan Raja Jembal. Anak cucu dari Raja Jembal berkahwin dengan Cina Mualaf dari Kedai Buluh. Istilahnya orang keluaran, sebab tak kawin sama-sama kufu. Kalau tidak namaku ada Nik di hadapan kata nenek. Tak pasti Cina Mualaf itu lelaki atau perempuan, kemungkinan besar lelaki. (Foto sebelah, kubur nenek ku meninggal dan dikuburkan di Felda Kota Gelanggi, meninggal dari balik haji)

Tak kisah lah Jembal ke apa, yang penting, Sesungguhnya yang paling mulia disisi Allah Taala, adalah yang paling bertaqwa.

Sebab ayah pada atuk kawin dengan bukan sama-sama Nik, maka putuslah sanad Nik dalam keluarga kami. Sebab itu juga, wajah nenek ku (sebelah ayah) ada iras-iras orang Cina, dan jatuh pada beberapa orang anak cucu, termasuk daku dan anakku yang kedua ini, lebih nampak cina nya sedikit dari kakaknya. Cuma kulitku tak seputih cina. Mata saja yang seakan Cina.

Jinjang Pendidikan


Awalnya daku bersekolah di Tadika Tokono, Jalan Atas Paloh, tahun 1983, Hingga Sekarang bangunan itu masih ada lagi. Waktu tu bapa ku buka warung kedai kopi di Jalan Kebun Sultan, berhadapan kilang botol kicap. Kilang botol ini tersohor satu Kota Bharu, kerana ada 2 biji botol besar setinggi pokok. Hari-hari ku pergi sekolah naik beca roda tiga, kadang2 naik motor Vespa bapaku, masih ku ingat, waktu rehat sekolah, kami diberi minum teh 0 dan biskut merrie bulat 2 keping seorang. Kalau ada lebih, kami dapatlah 3 keping seorang. Disini mulanya ku belajar menulis dan baca. Antaranya tulisan Cina dan Melayu.





Kemudiannya



Sekolah Rendah : Sekolah Kebangsaan Padang Garong, 1984-1989, Lokasi Sekolah ku ini berada di Kompleks Sekolah2 Kota Bharu, masa tu, hanya ada 1 sekolah Padang Garong, sekarang sudah ada 2, tiap2 tahun ku tak pernah merasa duk kelas pertama, selalunya duduk kelas kedua dari 4 kelas. Pernah sekali kena turun ke kelas 4 Kuning. Banyak sangat main, padam muka... Darjah 5 naik balik ke kelas 5 biru.


Dari segi kedudukan. Kelas Merah kira paling hebat, biru kedua, kuning ketiga dan empat Hijau, kelas paling handal.
Kata orang kalau masuk ke A, Agah, B, Baik, C, Cerdik, D apa? Ku tanya, D DOGOL katanya.



Hobi


Masa sekolah ku gemar sangat bermain bola, mulanya main-main saja, walau tak hebat macam Deogo Maradona tapi sempat jadi wakil sekolah, ku juga diminta oleh guru bermain ping-pong mewakili sekolah. Ah..malu...kalah berat.


Masa sekolah, banyak masa ku tinggal dengan mak saudara sebenarnya, kakak pada ayah. Kecuali darjah 6. Tinggal dengan ibubapa semula. Hari-2 pergi sekolah jalan kaki dengan sepupu. Balik sekolah jalan kaki, pergi sekolah tak pelah, sejuk, tapi bila pulang panas, kerana panas, bawah tapak kasut terasa sangat panasnya,rasa tak boleh berjalan dah lagi, daku singgah di Taman Permainan, bermain-main menunggu teduh, jam 2 lebih baru bergerak lagi pulang ke rumah.


Aktiviti harian





Petang-petang ada masa, ku ke dusun, ikut kawan lastik burung, lastik kaca, mandi sungai (Pok Mad Akar), main bola, pergi tempat orang celup kain. Ronda-ronda lah dulu mana ada sangat cikgu bagi kerja rumah. Kadang-2 musim ikan, main ikan sepilai, ikan laga la tuh. Mana ikan yang orang buang, ku ambik, bukan ku tahu pun main laga. Kadang musim main buah getah.

Kalau semua musim bercuti, kita main dek cok...haha...dek cok...apa nama tu, ketiting?




Kini dusun itu sudah hilang keasliannya, sudah jadi Taman, tempat kunjungan warga Kota Bharu.(Foto di atas, dulunya dusun tempat ku bermain dan mencari buah-buahan, kini menjadi taman permainan, Taman Tengku Anis, lokasi riadah, jogging warga Kota).


Belajar Agama langsung tak reti, asyik meniru je kerja ku. Ada kawan nama HasWadi, dia pandai sikit. Tapi ku dapat Hidayah waktu Darjah 6, akhir-akhir tu, baru insaf nak belajar menulis jawi. Kisahnya panjang. Semuanya gara-gara Ustaz Mad Dahan yang suruh Amir Syarifuddin (jln POst Office Lama) baca kisah Nabi kebetulan Sambutan hari Maulud di sekolah. Pada hari itu tiba, Amir tak datang, sebab daku kawan baik Amir, Ustaz suruh daku yg menggantikan Amir membaca Kisah Riwayat Hidup Nabi di tengah perhimpunan dalam dewan. STop..Kisah ni panjang





Kerana selalu bermain, dari jam 3 petang sampai maghrib, hari-hari main, tak kira hari di padang kompleks... kadang-kadang di Padang Beng Kota Bharu, sebelah masjid Muhammadi, Mak kata, tahun kena pergi sekolah pondok. Sebab tak pernah duduk rumah. Huhu...Pergilah daku ke sekolah menengah dengan UPSr 3A 2B. Masa ni, UPSR adalah yang pertama kali dalam dunia, dakulah antara calon pertama. Sebelum tu mana ada UPSR, yang ada Ujian Penilaian Tahun 5.






Oh ya, waktu sekolah di sini, ku tak pernah dilantik menjadi ketua kelas, penolong, apa lagi pengawas. Cuma kalau beratur memang tiap tahun kena duduk barisan paling hadapan. Bidang kokurikulum, ku minat PENGAKAP. Pernah ikut Kem Jambori di Kem Kijang 1 hari.



Ustaz Mad, Seorang Guru Beramal



Orang yang paling baik menjadi kenanganku ialah Ustaz Mad. Ustaz Mad bin Dahan hadir ke SKPG masa ku darjah 5. Masa ni beliau dah dekat nak pencen. Waktu mengenal dirinya, dia sebut nama saya Muhammad Dahan, ops....Dahan ustaz? Tanya ku keliru. Ye lah. Orang dulu-dulu katanya tak tau nak letak nama macam sekarang. Ustaz Mad lah yang memperkenal padaku Qiamul Lail, Perkhemahan IBadah di sekolah. Malam-malam kami main di pusat sumber, sedang Ustaz Mad asyik menghabiskan wiridnya dengan tasbih.


Ustazah Menangis



Sebelum kehadiran Ustaz Mad, ku tak pernah menyebut perkataan Ustaz, yang ada hanya Ustazah. Seorang Ustazah pernah menangis masa mengajar kami, ada kawan ku namanya Imran, sama dengan ku tak pandai jawi dan Quran, Masa Ustazah tanya....Nun mati bertemu apa ni? Imran jawab bertemu Bo hidup. Masa kelas agama, Imran selalu buat bising, sampai Ustazah menangis dan lari ke bilik guru kerana tak tahan kenakalannya.

Ramai kawan-kawan sekolah rendah hilang. Tak dapat di jejak. Zaki dari Banggol dan Hasrul Hafiz (Jln Atas Paloh) antara kawan baik ku. Sampai sekarang belum dapat jumpa. Kecuali Yuziani, anak seorang guru. Nasib baik ada FB, sekarang jumpa semula. Yang lain sedang dalam pencarian. Ramai juga rakan anak polis sekolah di sini. Paling jauh dari Kem Askar Pengkalan Chepa, Sg. Keladi, Banggol dan Sungai Budur.









Sekolah Menengah : SMU (A) Darul Anuar Pulau Melaka (1990-1995), SMUDA.



Masa mula2 masuk sekolah ini, Ustazah K menyambut kami, K ialah nama glamour beliau (Qomariah). Katanya, di sekolah ni, tak ada pagar, jadi kena jaga (pagar) diri masing-masing. Ingat lagi waktu tu, pergi mendaftar bawa baldi, selimut, tuala, toto, berus gigi, dapur minyak tanah.

Kami tinggal di pondok, tapi belajar sekolah agama arab. Bukanlah sistem pondok total.





Makanan Rohani


Di sini ku belajar berdikari. Hari-hari mandi air paip dalam tandas. Masak nasi sendiri. Nak cepat ku goreng telur mata kerbau je lah, campur kicap..Huh...biar tak sedap, tapi perut terisi. Solat jamaah 5 waktu. Kuliah maghrib tiap 2 kali seminggu. Kuliah Subuh tiap hari. Inilah makanan rohani kami. Tidur di pondok. Kadang-kadang di Masjid. TV radio tak ada.yang ada speaker masjid sajalah, untuk dengar Bang (Azan) .



Selain itu, ku belajar Qawaid, Fiqh, Nahu, Saraf, Sirah, Mahfuzah, Sejarah, Sains, Matematik, Geografi, Imlak dan sebagainya. Sorang kawan kami panggil Bujang, pun nakal jugak. Bujang asal dari K.Terengganu. Nama aslinya Hafizan. Dalam kelas dialah yang paling bising, kalau baca buku kuat-kuat hari pertama, ingat lagi..Raksun..kepale, Bikrun telage...katanya dlm loghat Teganu. Itulah kelebihan baca kuat, sampai sekarang masih terngiang-ngiang.




Tingkatan 3 mula jadi pengawas sekolah, tingkatan 5 ku dilantik sebagai Rais Dhabit. Ketua Pengawas. Pernah ku lari dari sekolah ini, gara-gara ingin menambah ilmu di pondok, ku lari ke Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas, tak lama hanya seminggu, tak tahan rupanya mengaji pagi sampai malam. Petang je free sekejap. Mak saudara pun marah, nak jadi apa, sekolah pondok, dah elok-elok sekolah agama.

Banyaklah rumah sewa yang ku duduki nak habiskan 6 tahun di situ, kira-kira dua buah pondok, satu rumah sewa dan satu rumah percuma. Sekarang tapak rumah itu didirikan rumah Ustaz Nik Adli, anak pada Tok Guru kami yang kami panggil Ayah Zid.










Orang-orang kampung Pulau Melaka yang rajin ke masjid rata-ratanya kenal diriku, kerana ku sering jadi Bilal kadang-kadang. Bahkan pernah malam kuliah pun, ku minta dengan Bilal, Pak Cik Mat, untuk azan.

Gambar sebelah, penulis pakai baju pengawas warna biru, hafizan no.2 dari kiri.Kiri kanan ialah pondok kami. Rumah belakang warna putih ialah rumah adik perempuan TGNA.

Selama 6 tahun dari 1990 sebelum pilihanraya umum hingga 1996 ku sini. Siapa tak kenal, sebut saja Hisam Lebai, orang tahu. Sebab kopiah tak pernah buka, dari bangun tidur hingga nak tidur. Insan yang pertama menganjur daku paki kopiah ialah Ustaz Mad Dahan Kampung Geliga Bachok.








Ingat lagi, bila dah lama di sini, anak-anak pondok yang malas bangun solat subuh, semua kena tibai. Tanganku inilah yang banyak menibai. Ops...bukan tangan... tapi alat. Kadang-kadang terlepas jugak. Yang tak buat masalah, tak ada sebab nak kena marah. Mungkin mereka yang jadi mangsa masih ingat kisah ni.Huhu..Nak buat macam mana, pasal tak ada ustaz yang jaga kami, masing2 jaga diri sendiri. Budak-2 tu kalau kita biarkan dia tadbir diri sendiri, alamatnya tak sembahyang lah.

Ku rasa terkilan sangat sebab mereka datang dari seluruh Malaysia, (kecuali Sabah dan Sarawak) untuk belajar, mak ayah jauh, sembahyang 5 waktu liat, malas. Paling ramai waktu itu dari Jerantut, Temerloh Pahang, kemudian Selangor dan Johor.




Sayangnya, ku hanya pandai marah, tapi tak tahu bagi motivasi supaya rajin solat...kerana dengan solat kita akan bla bla bla.. Bukan jahat...tapi samseng tak tentu pasal. Pernah ada budak tak ikut kuliah, pergi main silat, bukan main ku marah, sebab tak tahu dimana sembahyang mereka, sampai bergaduh besar, kes ini membawa ku ke balai polis, kes berlarutan hingga 2 tahun dibicara di mahkamah.

Wal akhirnya ku menang kes.... Sebab mereka menyerang ku didalam pondok. Hakim bertanya padaku, mau apa? Ku Jawab wang gantirugi di atas serangan mereka. Mereka bayar RM200.oo dalam mahkamah didepan hakim, diluar mahkamah, ku bagi balik duit tu, kami semua bersalam-salaman, saling minta maaf.








Peserta Speaker Corners





Tahun 1994, Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu menjemput beberapa buah sekolah Arab untuk menjadi peserta syarahan di Taman Hijau Kota Bharu. Saya salah seorang yang ikut. Kami pergi dengan bas MPKB. Dari awal program hingga akhirnya, sekolah kamilah mampu bertahan berada di situ setiap minggu.

Program yang dirancang oleh Pegawai Unit Pembangunan Islam, MPKB ini adalah salinan dari program yang sama di England. Sehingga 1996 program ini bertahan. Ku sentiasa berhubung dengan Kak Nah waktu itu sebagai pegawai bawahan disana. Kadang-kadang minta MPKB hantar bas kecil, dan adakalahnya sebuah bas besar. Disitulah saya mengasah bakat menjadi penceramah.(Gambar sebelah menunjukkan zaman tengah memberi syarahan umum di Kota Bharu) Ku turut melatih adik-adik untuk bersyarah, buat mereka ku coretkan satu syarahan pada sekeping kertas, salah seorang membacanya.








SMU (A) Tarbiah Mardhiah, Pancor Kemumin (1996-1997).



Habis tingkatan 5, daku beralih sekolah ke sekolah ini. Sebab di sekolah SMUDA belum ada tingkatan 6. di sini pun ku dilantik sebagai ketua pengawas masa tingkatan 6 Atas, menggantikan rakan yang sambung ke Mesir.Namanya Nasir dari Pulau Pak Amat. Sekarang bertugas sebagai Imam besar di Masjid KLCC.

2 Tahun saja ku sini. Pergi sekolah naik motor. Tinggal sama-sama kawan.Talhah dari Pahang. Malam-malam cari duit kerja di Hotel Nora Kota Bharu. Masa tu tahun 1996. Ustazah, guru kelas ku, tahu ku kadang tak ke sekolah sebab cari wang. Beliau kumpul duit dari semua guru-guru dan serah padaku, Sham....katanya jangan kerja lagi, ambil duit ni buat belanja.





Kawan-kawan yang hebat dan pandai ke Mesir, Jordan, Syria..daku? Huhu...Ku ambil keputusan ikut Abu (klik Fb Abu) dan Asri ke Indonesia, belajar agama lagi. Sebab nak ke Mesir tak cukup syarat. Nak kemana ni? Indon pun banyak tempat belajar. Pendekkan cerita, ku dapat saranan dari seorang guru supaya ke Aceh, ada misi ku ke sana selain belajar.

Mahu Belajar, Duit Tak Ada

Zaman kami namanya zaman ekonomi meleset, semua biasiswa ditarik balik. Mundar-mandir ke mencari duit, dimana lah boleh ku dapatkan wang untuk sekolah 4 tahun di luar negeri. Terpaku .... akhirnya ku dapatkan satu surat (Klik) dari Pejabat MB, minta sokongan untuk dapatkan derma.

Di Kelantan, nak kumpul duit banyak dalam masa singkat bukanlah mudah bagiku. Ke mana-mana ku bawa sekeping surat itu. Sampai atas Pasar Siti Khadijah. Disini bapa tiri (Pok Su) kepada 2 pupuku tolong bawa surat tu kepada semua peniaga disitu sambil tolak kereta jual airnya. Kira-kira tak cukup-cukup juga.

Akhirnya 2 pupu ku bagi cadangan, datang KL katanya, nanti tinggal di rumah Pok Hen di Selayang Pandang. Dia orang baik, suka tolong orang. Sepupu ku ini seorang Hafiz (Haswadi) dulu pernah menjadi Imam Terawikh di Masjid Selayang Pandang selama sebulan. Tahu sangat dia jiwa budi baik orang2 di Selayang ini.

Ku ikutlah nasihat dia, nasib baik, walaupun POk Hen tak kenal ku, tapi menerima untuk tinggal disitu. Rumahnya masa tu, rumah setinggan. Disitulah syurga ku sementara. Mak Yah pun baik sangat orangnya. Sampai baju ku pun beliau tolong gosokkan. Ku cakap, tak payah lah gosok, biar lah.

Selayang Pandanglah menjadi markas pergerakan ku. Pok Hin menjadi juru planning, ke mana nak tuju. Yih anak sulung menjadi peneman ku sehari-hari. Cuba ke sana-sini, orang tak berapa nak bagi jugak. Sampai ku ke Bangunan Sultan Abdul Samad, nak minta biasiswa dari Majlis Agama. Kemudian ke Pusat Zakat KL.

Setelah itu ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. MInta surat sokongan. Nasib baik dia bagi, sebab masa tu boss nya orang Kelantan. Rasa malu ku cuba buang, dengan surat itu ku ke masjid India, naik turun pejabat, bank dan kedai-kedai.

Di Lempar Surat

Yang paling pedih, sewaktu ku ke sebuah bank di Jalan TAR, ada apa? Tanya seorang pekerja disitu, ku tunjukkn surat sambil berkata nak minta derma... BIla dia baca surat tu...dia lempar...huh...pergi balik kelantan, minta di sana...ku berjalan sayu memungut surat itu dan ucapkan terima kasih. Pok Hin dibelakang ku melihat saja gelagat manusia.



Satu lagi waktu ku ke Masjid Negara dengan Yih, habis sembahyang zuhur, ku bagi tau Imam (Imam ini sering masuk TV sampai sekarang), tuan...saya nak minta derma, dari warga masjid...tak ada ..tak ada.sini tak ada derma katanya, Tuan, saya bukan minta duit tuan, tapi derma dari orang ramai...Tak ada, tak ada, tengok kat luar tu ada POLIS...nanti dia tangkap kamu. Sambil berjalan dia pergi.





Balik rumah di Selayang, ku ceritakan pada Mak Yah, menitis air mata dia mendengarnya, katanya.... tengok wajah budak ni, betul ke dia 9ada air muka) menipu...kalau ia pun tipu, apa salahnya bagi 10 ringgit. Ya...sudah, nak buat macam mana, bukan rezki ku.


Peranan Doktor Hospital Tawakal



Langkah ku atur lagi di markas, rasa-rasa hampir buntu pun ada. Akhirnya Masjid Selayang Pandang bantu juga, dapatlahsekitar RM700.00, kemudian ku serata masjid besar, masjid Kampung Pandan, ku dapat RM2200.00. Surau KLCC RM2000.00. Masjid Kampung Batu, RM 500.00, Imam Besar Masjid Kampung Baru RM1000.00, Masjid Kampung Baru RM1000.00, kemudian ku ke Jalan Ipoh. Naik turun PUSRAWI. Mereka suruh tinggal surat, nanti di poskan. Hmmm..tunggu je lah... Sudah tu, ku ke Hospital Tawakal Jalan Pahang.

Ha.... di sini banyak yang berjasa padaku, semoga Allah merahmati mereka, melapangkan rezki mereka, ku tilik-tilik nama-nama senarai nama Doktor di papan kenyataan, nak pilih yang Islam sahaja.

Habis tu, ku berlegar-legar di setiap klinik didalamnya, mereka semua sibuk dengan pasien, ada satu doktor, bila dia baca surat yang ku bawa, teruskan dia arahkan nurse, take five, sambil menunjuk 5 jari, nurse mengira-ngira, RM500.00 tanpa cakap banyak. Terima kasih doktor.

Kemudian ada lagi seorang doktor, rupanya orang Kelantan jugak, secara kebetulan, rupanya ramai doktor-2 di sini dari negeri ku. Ku hampiri kerani dimeja kaunter, ada apa, tanya dia? Saya nak jumpa doktor, nak mita derma, kerani tu cakap tunggu. Hampir 2 jam ku tunggu, lepas sorang-sorang pasien masuk, sampai habis pasien. Ya. ada apa katanya, Ku tunjukkan surat tu, setelah dibaca, dia kata datang esok... Wah ini janji baik.

Esoknya ku datang lagi, berjam juga menunggu, akhirnya dia panggil masuk dalam kamarnya, di tunjukkan padaku buku-buku yang dia baca, salah satu dia hadiahkan padaku, buku tentang rawatan secara keagamaan bagi orang yang terkena ilmu sihir. Akhirnya doktor itu bagi wang Satu Ribu ringgit, dan dtambah lagi, ini wang zakat kakak saya katanya. Nanti kalau susah-susah datanglah.

Ya Allah, terima kasih tuhan, setelah terbakar jiwaku di lempar surat, bagaikan mereka melempar mukaku, kini tuhan mengganti yang lebih baik, pengalaman pahit ku dibayar.Nanti ku pulang bila tamat pengajian di Aceh, ku akan datang lagi untuk ucapkan terima kasih padanya, bisik hatiku. Ya Allah, semoga Kau lapangkan rezekinya dan semua orang di hospital ini.

Hitung-hitung semuanya dapat hampir RM10,000. Derma ini dari orang perorangan dan masjid. Termasuk Nazir masjid Selayang Pandang. Sebelum ku ke Aceh, sempat 1 kali kalau tak salah ku naik mimbar menyampaikan khutbah Jumaat.

Habis Jumaat, ada orang datang, Pak...tegurnya, bapak dari Indonesia ya. Ngak lah jawabku. Bingung dia.

Waktu berangkat ke Aceh dah dekat, ku harus pulang ke Kelantan untuk menyusun barang pengembaraan. Pada Mak Yah ku tinggalkan Rm300.00, sudah sebulan ku menumpang nasi air dan tempat tidur. Dengan linangan air mata dia berkata, sepatutnya kami yang tolong Sham...bukan Sham yang bagi..Tak pe lah, ku jawab, ada rezki boleh lah.



Banyak manusia yang pernah berjasa padaku, yang sudah meninggal pun ramai. Harap Fatihah yang ku bacakan setiap malam Jumaat dan ketika diterima Tuhan sebagai pahala untuk mereka. Juga pada atuk-atuk ku yang dulu, mungkin mereka lah yang pernah mendoakan untuk ku anak cucunya supaya menjadi manusia yang berguna, beriman dan bertaqwa. Amin





1998. Ku terbang ke Indonesia




Yes.. 1998, kami naik kapal terbang dari Pulau Pinang ke Medan. Pertama kali naik kapal terbang dalam hidup. Semasa didalam pesawat, pilot mengumumkan pesawat ini memakan masa 50 minit. Tetapi sebenarnya hanya 45 minit sahaja.Perghhh. bayar mahal, naik sekejap saja. Baik tak payah naik...huhu.Itu lah kali pertama naik kapal terbang, kemudian lepas tu, ku naik feri saja, dari Penang POrt Klang ke Pelabuhan Medan, walau perjalanan 5 jam naik feri. Tapi murah dan meriah.



Ramai kawan-kawan tak sempat makan dan minum lagi, kerana kami diminta mengisi borang ketibaan sebagai warga asing di Indonesia. Ntah bagaimana lah agaknya rupa Aceh...Itu yang bermain dalam fikiranku. Kami masing-masing saling tak kenal.





Sampai di Medan,kami di bawa ke Kota Medan, Jalan Gajah Mada, tepatnya berhadapan Hotel Labuhan Raya sementara menunggu bas ekspress ke Aceh. Semua bas penuh, kecuali malam jam 10.00. Perjalanan ke Banda Aceh 12 jam. Esoknya jam 10 pagi kami tiba di Stui. Pemimpin rombongan kami ialah Abang Wan.(Bas Kurnia yang membawa kami 17 orang ke Aceh)

Setiba di sana, kami dikurung selama 2 minggu di Mess Malaysia, untuk menghadapi orientasi. Kemudian nya kami akan menetap di rumah sewa, abang-abang letting yang tolong carikan. Sewa rumah disana waktu itu Rp2,400,000 sebuah untuk setahun. Ku tinggal di Kompleks Cek Ta di Kampung Tangjong Selamat. Berdomisilah kami di sini selama setahun lebih.



Pergi kuliah jalan kaki, ulang alik, kadang-kadang pergi pulang terus, sebab dosen tak ada. Dosen adalah gelaran kpd pensyarah. Bau ketiak busuk sebab jalan kaki jauh. Lama-lama tak tahan, masing-masing beli basikal. Kami semua beli basikal abang yang nak pulang ke Malaysia.































Mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Hulu Langat tahun 2007. Pada Tahun 2009 di Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Negeri Selangor.





Telah berkahwin, mempunyai 4 orang cahaya mata perempuan. Sering memberikan ceramah Motivasi Pembelajaran, Penyalahgunaan Dadah, dan juga Motivasi Ibu Bapa di sekolah, surau, masjid dan Institut Pengajian Tinggi.





Di lantik sebagai JU, iaitu antara 8 orang Juru Latih utama web Kementerian Pelajaran Malaysia, di bawah Bahagian Sekolah Harian, Unit Hal Ehwal Murid





Pekerjaan


Bertugas sebagai Guru Bimbingan di Sekolah Kebangsaan Bangi. Sejak 2005 hingga sekarang





Beliau boleh di hubungi melalui blog di alamat norish77.blogspot.com. atau www.norish77.blogspot.com
atau afraima.com















0 comments:

Post a Comment

Foto Ceramah Motivasi UPSR dan Pencegahan Dadah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar Terbaru : Bengkel di Kuching Sarawak

Blog Archive