Monday, January 16, 2012

Proses Menerbitkan Buletin Bulanan Unit Bimbingan dan Kaunseling

BANGI. Motivasi tidak semestinya dengan lisan, tulisan pun boleh memberikan sebuah motivasi didalam kehidupan. Lihatlah, novel-novel kelas dunia dicetak dan diterjemah dalam pelbagai bahasa.Ianya menjadi bahan kegilaan sesetengah manusia.Novel itu di olah lagi, sehingga menjadi sebuah filem, asalnya Ombak Rindu, asalkan Laskar Pelangi, kemudiannya menjadi sebuah filem yang sangat tinggi kesan psikologinya.

Sebagai guru bimbingan, apa boleh kita lakukan di sekolah rendah dan menengah untuk memberikan suntikan motivasi kepada mereka.Sedangkan guru bimbingan yang bertugas itu datangnya dari pelbagai latar belakang yang hebat-hebat. Lulusan Universiti dalam dan luar negeri. Ilmunya kadang-kadang tak dimiliki oleh sebahagian besar orang lain. Ke mana mereka nak simpan ilmu itu?

Eloklah, ilmu itu jangan diperap, tetapi di perah sehingga menjadi buah motivasi bagi sang anak didik. Salurkan melalui penulisan. Ini kerana, masa untuk guru bertemu dengan semua pelajar dalam masa setahun sangatlah mustahil. Peluang tidak ada untuk guru berkomunikasi secara "direct" dengan anak muridnya. Namun dengan adanya Buletin, hal itu boleh terjadi.

Saya sangat bersyukur, lantaran ilmu yang sempat ditimba dahulu, dapat disalurkan semula. Dapat di fresh semula kata orang melalui berkarya. Motivasi untuk berkarya datang dengan sendiri, padahal saya bukanlah arif sangat dalam bidang penulisan Melayu. Cuma saya ada isi yang mahu disampaikan.

Apatah lagi, saya berada di Indonesia selama 4 tahun, buku-buku bacaan dan majalah kegemaran saya rata-ratanya dari tulisan ilmuan Indonesia, maka tidak hairanlah, jika corak penulisan saya dipengaruhi gaya penulisan mereka. Sekarang ini pun, saya masih membaca Tafsir 30 Juz Al-Quran karangan Ulama besar Indonesia, Prof. Quraisy Shihab.

Namun itu bukanlah halangan untuk menyampaikan dakwah lewat tulisan, Guru Bahasa Melayu, Puan Nor Aisyah sanggup mengedit dari awal sampai akhir. Dari koma, ayat seru sampailah titik-titik.

Maka terbitlah buletin ini, juga dengan dorongan dari pihak pentadbir, khususnya Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Inilah produk kebanggaan kami.



Buletin di rezo setelah di edit.

En.Tumirin, dikenali Wak Tom dengan sukahati merezo bahan ini. Bahkan kadang-kadang Pak Tok yang tolong agihkan.


Sudah siap direzo.

Masa tiba untuk agihan.

Guru Bimbingan mengedar sendiri Buletin terbabit, kadang-kadang PRS membantu mengedarkannya ke kelas tahap 2.

Murid Moral tidak ketinggalan membacanya.Apa salahnya, Buletin Bimbingan dan Kaunseling sumber motivasi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Search

Loading...

Follow by Email

My Blog List

Iklan

sebr

Tetamu

Diari Ceramah

16 Feb (SK Taman Ceupacs)
Pemantapan Jati Diri dan Sahsiah Murid
18 Feb, SK Sek 7,BBB (Kem Pengawas)
18 Feb Cheras Indah
06 Jun, SMK Convent (Dadah)

01 Mac SK Taman Bukit Teratai
21 Feb Mesy GBSM di SK Kantan Permai
22 Feb Jam 3 Ptg.SK Putra Perdana (Kursus Asas Kaunseling)
23 Feb SK Sro Petaling (Kepimpinan Pengawas)

Jemputan Ceramah Hari Persekolahan hanya pada hari Khamis Sahaja Melainkan diluar waktu persekolahan

Iklan Sebarangan

Selamat Datang ke Blog Norish77
Maybank : 10301 608 6535
CIMB : 0510 0000 694 209
HP - 0194424417 Tempahan Sistem Pengurusan Kaunseling Versi 9.6 Menuju Sekolah Bebas Dadah 2012. Buku 7 Langkah Kepulihan Dalam Penagihan Terima Anugerah Guru Bimbingan Cemerlang Daerah Hulu Langat 2009

Popular Posts

Followers

Twitter